Ketokohan Hamidin Penyumbang Kejayaan Harimau Malaya Di Pentas Antarabangsa

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin boleh disifatkan sebagai antara faktor utama kebangkitan kembali skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.

Sejak tahun lalu, Malaysia seolah kembali bangkit dalam sukan bola sepak di persada antarabangsa selepas mengalami musim-musim yang suram sehingga mencetuskan kritikan ramai daripada penyokong tempatan.

Namun, tindakan FAM untuk melantik Kim Pan-gon sebagai pengendali baharu Harimau Malaya, segalanya dilihat mula berubah menjadi lebih positif menerusi keputusan perlawanan serta corak permainan menyakinkan.

Siapa sangka, Malaysia yang sering mencipta rekod kurang memberansangkan sebelum itu kini berjaya melakar sejarah baharu untuk mrnamatkan penantian 42 tahun mara secara merit ke saingan Piala Asia tahun hadapan.

Terbaharu, skuad kebangsaan juga berjaya mencipta kejutan untuk mengikat seri dalam dua perlawanan ketika bertemu Syria dan China dalam siri persahabatan yang berlangsung di Chengdu.

Menurut pemerhati bola sepak tempatan iaitu Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim, beliau menyifatkan sikap kepimpinan yang positif ditampilkan Hamidin sebagai antara faktor Malaysia kini tampil gemilang di pentas antarabangsa.

Malah, program naturalisasi yang sebelum itu dilancarkan oleh FAM pada tahun 2018 juga kini mula membuahkan hasil menerusi impak diberikan pada corak permainan Harimau Malaya.

“Kalau dulu tak ada naturalisasi, saya tak fikir Kim Pan-gon akan berjaya sekarang ini. Kita kena akui fakta kejayaan hari ini juga dibantu sumbangan pemain naturalisasi seperti Paulo Josue, Endrick dos Santos dan beberapa pemain warisan lain.

“Ini langkah sementara (pemain naturalisasi), apabila kita dah kukuh nanti kita boleh fokus kepada pemain tempatan dengan membangunkan akar umbi.

“Kalau bukan dasar ini, saya tak fikir kita akan dapat keputusan begini. Kita jangan terkesan dengan netizen, menang dipuji tapi apabila kalah dihina.

“Tapi kita sebagai jurulatih dan badan bola sepak perlu sentiasa positif dalam bola sepak,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Pada masa sama, Zulakbal juga yakin pelan dirangka buat Harimau Malaya berdepan dengan pasukan-pasukan lebih kuat dicetuskan oleh kerjasama membabitkan Kim dan Hamidin sebelum itu.

“Pan-gon boleh diibarat baru lagi dalam bola sepak negara. Hamidin pula orang lama banyak pengalaman, jadi Hamidin hadir bagi input mengenai budaya bola sepak kita dan Pan-gon pula menggunakan kepakarannya untuk membimbing pasukan,” katanya lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN