Ketika Cedera Vincent Kompany Isi Masa Dengan Belajar Hingga Berjaya Dapatkan MBA

Ini sesuatu yang perlu dicontohi oleh pemain-pemain bola sepak Malaysia.

Daripada menghabiskan masa di pusat judi mesin kuda seperti yang dilakukan oleh sebilangan pemain-pemain tempatan kita pada waktu lapang, ada baiknya mereka memikirkan masa depan dan menggunakan duit dan masa yang mereka ada untuk melanjutkan pelajaran.

Inilah yang dilakukan oleh kapten Manchester City dan pertahanan Belgium, Vincent Kompany ketika mempunyai masa lapang sehingga berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) di Sekolah Perniagaan Alliance Manchester, University of Manchester.

Kompany layak mengambil Ijazah Sarjana muda ini kerana sudah menamatkan pengajian sarjana mudanya ketika masih bermain di Anderlecht dan Hamburg SV.

Dengan karier beliau yang banyak diganggu oleh kecederaan otot pangkal paha pada musim 2017/2018 ini, Kompany mempunyai banyak masa lapang untuk menyiapkan tesis beliau yang berkisarkan tentang bagaimana kelab-kelab Premier League boleh memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri dan mencapai peningkatan dari segi operasi perniagaan.

Selain daripada menyiapkan projek tesis, pertahanan berusia 31 tahun ini turut perlu menghadiri kursus perniagaan dan pengurusan (secara sambilan), menghadiri kelas elektif dan menyiapkan 2 projek perniagaan praktikal.

Menurut Kompany, beliau sentiasa menghargai kepentingan pendidikan – sesuatu yang selalu ditekankan oleh ibunya sejak kecil. “Memperolehi MBA ini umpama satu penghargaan daripada saya kepada beliau,” katanya.

“Apabila anda bermain secara profesional, hal-ehwal pengurusan kewangan sendiri sudah menjadi seperti satu perniagaan. Adalah penting bagi saya untuk memahami apa yang akauntan saya cakap supaya sayang boleh nilai sendiri sesebuah pelan perniagaan,” ujar Kompany di laman web universitinya.

Pengalaman Kompany dalam perniagaan juga bukan calang-calang. Beliau kini mempunyai sebuah syarikat produksi televisyen, sebuah kelab bola sepak amatur di Brussels dan sebuah syarikat pernigaan limosin sewa yang turut digunakan oleh Manchester City.

Pertahanan yang kini sudah memasuki tahun ke-10 berkhidmat untuk Manchester City ini turut pernah melancarkan perniagaan francais bar sukan yang dinamakan ‘Good Kompany’. Bagaimanapun perniagaan tersebut gagal.

“Saya mahu gunakan kombinasi latihan akademik dan pengalaman saya ini untuk bermain selama mungkin sebagai pemain profesional,” kata Kompany. Jelas beliau tidak mempunyai niat untuk bersara dalam masa terdekat – meskipun masa depannya nampak cerah.

3 fakta menarik mengenai MBA yang dimiliki oleh Vincent Kompany

1. Untuk projek tesis beliau, Kompany memperolehi markah 72/100 sekaligus melayakkan beliau memperolehi kepujian dalam Ijazah Sarjananya.

2. Kompany menemuramah 25 pemain profesional di Premier League sepanjang 2014 hingga 2017 untuk menyiapkan tesisnya. Antara pemain (dan bekas pemain) yang ditemuramahnya adalah Thierry Henry dan Frank Lampard.

3. Selain belajar ketika mempunyai masa lapang selepas latihan, Kompany turut belajar dalam perjalanan bas dan kapal terbang Manchester City ke halaman pasukan lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN