Quantcast

BERITA

Antonio Conte Harap Chelsea Dapat Elakkan Perpindahan Eden Hazard Ke Real Madrid

Selepas Thibaut Courtois dikaitkan akan ke Real Madrid, Chelsea menerima satu lagi tamparan hebat apabila bintang mereka, Eden Hazard juga dikatakan berminat untuk ke Santiago Bernabeu.

Keadaan itu memaksa Chelsea berdepan tugas sukar untuk mengekalkan pemain antarabangsa Belgium itu di London.

Antonio Conte mengharapkan agar Chelsea dapat menunjukkan ‘cita-cita yang hebat’ untuk memujuk Hazard untuk kekal bersama kelab itu.

Bapa Eden Hazard, Thierry sebelum ini mengatakan kepada media di Belgium, Le Soir bahawa anaknya telah menolak tawaran kontrak lanjutan yang diberikan Chelsea untuk memastikan pilihannya terbuka untuk memilih haluan selepas ini.

Chelsea sudah pasti akan menolak sebarang tawaran yang menjelma pada jendela perpindahan bulan Januari ini dimana Hazard mempunyai kontrak selama dua tahun setengah lagi bersama kelab itu.

Antonio Conte mengakui bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk memastikan Hazard kekal di Stamfotd Bridge kerana Ahli Lembaga Pengarah Chelsea yang mempunyai peranan utama dalam segala hal berkaitan rundingan.

Tetapi besar harapan pengendali dari Itali tersebut untuk melihat pemain terbaiknya itu kekal di Chelsea.

”Ianya adalah normal, saya ulangi, jika anda memikirkan anda kekal di kelab yang hebat dengan cita-cita yang hebat, ianya tepat untuk anda kekal. Sebaliknya, setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza.”

”Sekarang saya memikirkan ini bukanlah masa yang sesuai dan turut merasakan soalan ini bukan sepatutnya untuk saya tetapi untuk kelab. Bukan untuk saya.

Sementara itu ketika ini dalam aksi di padang, Hazard gagal menghasilkan jaringan dalam 7 perlawanan terakhirnya walaupun ada ketika beliau diturunkan sebagai ‘False 9’ bagi menggantikan Alvaro Morata yang mengalami kecederaan.

”Dia boleh menghasilkan lebih jaringan. Jika anda melihat kepada statistik, anda akan memahami yang dia mampu untuk menjaringkan lebih lagi jaringan. Ini merupakan aspek yang dia boleh perbaiki lagi,” kata Conte.

”Apabila anda merupakam pemain penyerang atau sebagai peranan ‘Nombor 10’, keistimewaan anda adalah untuk menghasilkan jaringan.”

Selepas menamatkan 20 perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini, Eden Hazard telah menghasilkan 5 jaringan dan 2 bantuan jaringan.