Ketiadaan Kelibat Akhyar Rashid & Mauricio Di Sesi Latihan Cetus Tanda Tanya

Johor Darul Ta'zim jdt 2020 latihan

Semalam, laman Facebook Johor Southern Tigers telah menyiarkan sesi latihan rasmi pertama Johor Darul Ta’zim (JDT) di kandang baharu mereka untuk musim 2020, Stadium Sultan Ibrahim.

Kelihatan lebih kurang 22 pemain telah dibawa untuk ‘merasmikan’ padang dan stadium baharu Harimau Selatan itu antaranya Harris Harun, Safawi Rashid, Diogo, Corbin Ong dan pemain-pemain lain.

Namun, timbul ‘cakap-cakap’ mengenai kelibat Akhyar Rashid dan pertahanan tengah, Mauricio yang tidak kelihatan di sesi latihan rasmi tersebut dan menjurus kepada persoalan, mengapa tiada?

Ianya terus dikaitkan dengan perkhabaran ketibaan penyerang berkelas dunia, Lukas Podolski yang akan tiba di Johor Bahru dalam masa terdekat untuk bertemu Tengku Mahkota Johor (TMJ).

Sebelum ini, TMJ ada menyatakan yang kuota pemain import JDT sudah penuh dan kehadiran pemenang Piala Dunia 2014 itu hanya sekadar untuk berbincang mengenai kerjasama lain dengan JDT.

Mustahil bagi JDT mengambil risiko untuk menyisihkan pemain pertahanan import untuk menyenaraikan penyerang import dalam usaha untuk memperbaiki pencapaian di saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) serta meneruskan cengkaman di saingan Liga Super.

Untuk situasi Akhyar Rashid, ada yang menyatakan yang mungkin kehilangan pemain skuad B-22 negara itu adalah kerana sedang dalam perbincangan untuk menyertai sebuah kelab di K-League.

Laporan media sebelum ini ada menyatakan terdapat sebuah kelab yang beraksi di liga utama Korea telah menyatakan minat untuk membawa Akhyar Rashid beraksi di sana selepas kuota pemain import Asia Tenggara diperkenalkan bermula musim depan.

Malah ada juga pihak yang menyatakan atas sebab isu luar padang yang masih hangat diperdebatkan sejak kegagalan Akhyar Rashid di Sukan SEA 2019 lalu, telah menyebabkan pemain itu tersisih.

Umum mengetahui, TMJ kurang gemar dengan tindak tanduk Akhyar Rashid di luar padang yang menurutnya dalam sesi ‘No Holds Barred’ sebelum ini, pemain-pemain harus bijak menjaga etika mereka apabila sudah menyertai pasukan seperti JDT.

Jika diamati jumlah pemain yang hadir, ia bukanlah jumlah sebenar pemain-pemain yang boleh didaftarkan untuk saingan Liga Super dan berkemungkinan, beberapa pemain tiada dalam sesi tersebut atas sebab-sebab tertentu seperti kecederaan dan sebagainya.

Hanya TMJ dan pihak pengurusan JDT yang tahu mengenai situasi kedua-dua pemain ketika ini. Adakah mereka akan tersisih ke JDT II atas faktor teknikal pasukan ataupun isu-isu imej di luar padang. Pra-musim masih panjang, tunggu sesi pengenalan rasmi pemain.

Kredit Foto: Johor Southern Tigers

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN