Melaka United Perjelas Kenaikan Harga Tiket Perlawanan

Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) semalam mengumumkan harga baru tiket perlawanan Liga Malaysia membabitkan pasukan itu untuk perlawanan yang diadakan di Stadium Hang Jebat untuk musim akan datang.

Harga tersebut menyaksikan kenaikan sebanyak RM5 berbanding harga tiket dari musim sebelumnya.

Untuk kawasan terbuka, harga baru ialah RM15 berbanding RM10 sebelumnya. Manakala bagi kawasan tertutup, penyokong yang berkunjung ke Stadium Hang Jebat kini harus membayar sebanyak RM 20, berbanding RM15 sebelum ini.

Hasil perbincangan pada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif MUSA Bilangan 1/2020, semalam (Khamis, 9 Januari 2020) telah…

Posted by Melaka United Soccer Association – MUSA on Thursday, January 9, 2020

Bercakap kepada Melaka Kini semalam, Setiausaha Agung MUSA, Farhan Ibrahim berkata kenaikan tersebut tidak boleh dielakkan, mengambil kira kos perlawanan di laman sendiri yang semakin meningkat setiap tahun.

Namun demikian, kenaikkan tersebut masih dianggap wajar dan masih rendah jika dibandingkan dengan beberapa venue lain di dalam negara.

“Kita ikut harga ketika musim 2018, iaitu harga dua musim lepas. [Penyokong] Perlu faham keadaan sekarang, kos makin meningkat setiap tahun dan ada kalanya tidak mampu untuk menampung ‘overhead’ setiap perlawanan.

“Tetapi, kita cadangkan pada penyokong untuk dapatkan harga terbaik menerusi pas bermusim. Jika dibuat kiraan harga tiket di laman sendiri akan mencecah RM12, bergantung pada pas bermusim yang dibeli.

Berikut adalah keistimewaan-keistimewaan yang bakal dinikmati pemilik Pas Bermusim (Season Pass) Melaka United…

Posted by Melaka United Soccer Association – MUSA on Saturday, December 28, 2019

“Atau membeli tiket di atas talian, untuk orang kelainan upaya (OKU) dan kanak-kanak di bawah 12 tahun, MUSA kekal tidak mengenakan caj,” jelas Farhan.

Keputusan menaikkan harga tiket perlawanan di Stadium Hang Jebat ini diambil selepas ianya diluluskan oleh Exco MUSA melalui mesyuarat yang diadakan dua hari lalu.

“Pada 2019, saya menganggarkan MUSA menerima RM900,000 hasil jualan tiket, berdasarkan kehadiran lebih 85,000 penyokong.

“Oleh itu, saya berharap peminat Melaka United kekal menyokong pasukan dan hadir menyaksikan aksi pasukan di Stadium Hang Jebat,” tambah beliau lagi.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN