Saingan Liga Super musim ini tampil dengan sesuatu yang menarik untuk diperkatakan mengenai kualiti serangan pemain tempatan dilihat semakin menyerlah selepas mengharungi 12 perlawanan.
Antara fokus menarik pastinya terarah kepada barisan serangan pemain tempatan yang dianggap semakin baik daripada segi kualiti serta rekod jaringan bersama pasukan masing-masing.
⚽️ Fernando Forestieri meneruskan rentak cemerlang dengan jaringan ke-1️⃣3️⃣ peribadinya semalam, diikuti oleh penyerang Selangor FC, Ayron del Valle dengan 🔟 gol.#LigaSuper2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/IE6sU0bpe6
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 25, 2023
Umum mengetahui posisi serangan membabitkan pemain tempatan jelas tidak memberansangkan sejak beberapa tahun dan menjadi kelemahan besar buat skuad kebangsaan.
Walaupun tampil dengan aksi lebih baik untuk menguasai permainan serta disiplin yang bagus, Malaysia tampil sukar untuk mendapatkan gol kerana kualiti serangan skuad kebangsaan tidak begitu boleh diharapkan.
Waluaupun begitu, Kim Pan-gon mungkin boleh berpuas hati dengan prestasi semasa pada pemain serangan negara, selepas beberapa pemain tampil menonjol dalam setiap perlawanan menerusi ketajaman dipamerkan.
Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim antara subjek menarik yang boleh diperkatakan, selepas kedua pemain ini tersenarai dalam 10 penjaring terbanyak Liga Super selepas minggu ke-12.
Faisal Halim unggul selaku pemain tempatan kini, selepas meledak enam gol bersama Selangor selepas pemain tersebut tampil begitu cemerlang pada musim pertamanya buat Selangor bawah kendalian Tan Cheng Hoe.
The dynamic duo we never knew we needed! 🫱🏼🫲🏽
Ayron Del Valle and Faisal Halim has combined for a total of 16 goals in the #LigaSuper2023 so far. #MKLK#KitaSelangor#LigaMalaysia2023 pic.twitter.com/P3i7IJcMMX
— Selangor FC (@selangorfc) May 25, 2023
Selain aktif meledak gol, Faisal juga menjadi pemain yang mencipta banyak bantuan jaringan buat para pemain serangan lain seperti Ayron Del Valle serta Yohandry Orozco.
Jika sebut tentang Faisal, pastinya ramai penyokong tempatan turut akan memberi perhatian kepada bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Arif Aiman yang kini semakin meningkat namanya di peringkat global.
Arif ketika ini sudah pun menyumbang lima jaringan bersama JDT selepas nengharungi 12 perlawanan dalam saingan Liga Super musim 2023.
Apa yang lebih menarik, Arif tidak menghadapi masalah untuk memenangi hati Esteban Solari tatkala pasukan tersebut dilimpahi ramai pemain bintang serta tonggak import.
Musim ini Arif bukan sahaja aktif menjaringkan gol, malah pemain ini turut menyumbang sembilan bantuan jaringan kepada rakan sepasukan lain dalam setiap perlawanan dihadapi.
Arif bringing us style 🔥#JDTvPEN#PialaFA2023#WhatCanYouDo#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/MBYlYqSXll
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 28, 2023
Selain dua pemain muda di atas, aksi dipamerkan oleh para pemain serangan tempatan lain juga sangat bagus ketika ini untuk memberi lebih banyak pilihan buat Kim pada aksi perlawanan antarabangsa termasuk saingan Piala Asia 2023.
Kelibat Shahrel Fikri antara yang panas diperkatakan kini dalam kalangan penyokong, selepas penyerang bertubuh tegap itu kembali menemui sentuhan terbaik selepas beraksi buat Negeri Sembilan.
Malah, Darren Lok juga tidak menghadapi masalah untuk cepat menyesuaikan diri bersama Sabah selepas mengharungi musim terbaik sebelum itu untuk mewakili Petaling Jaya City (PJ City).
Kedua pemain ini sudah pun meledak empat gol bersama pasukan masing-masing dalam saingan Liga Super, serta tampil dengan corak permainan berkualiti untuk cuba dipantau pleh kejurulatihan negara.