Ketajaman Bergson Faktor Utama Kejuaraan JDT Dalam Final Piala FA 2022

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan nama mereka sebagai salah satu kuasa besar dalam arena bola sepak tempatan, setelah terbaharu mereka berjaya menewaskan Terengganu untuk muncul juara Piala FA 2022.

Kemenangan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu menyaksikan mereka berjaya memperoleh piala kedua musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), setelah sebelum itu pasukan tersebut terlebih dahulu merangkul kejuaraan Piala Sumbangsih 2022.

Dua jaringan daripada penyerang import berbisa iaitu Bergson da Silva serta satu jaringan tunggal menerusi pemain muda berbakat negara, Arif Aiman Hanapi cukup untuk mengesahkan kemenangan mereka pada aksi tersebut.

Sementara Terengganu hanya memperoleh satu jaringan sagu hati menerusi pemain import veteran mereka iaitu Tchetche Kipre di separuh masa kedua perlawanan.

Ini antara faktor mengapa JDT menewaskan Terengganu pada aksi final di SNBJ semalam tanpa menghadapi begitu banyak masalah.

Ketajaman Bergson da Silva

Sepanjang perlawanan berlangsung, Bergson sentiasa menjadi ancaman besar buat pertahanan Terengganu menerusi larian-larian yang dibuat serta kekuatan fizikal milik pemain ini digunakan sebaik mungkin.

Bergson boleh dikatakan sangat bijak untuk menghidu setiap peluang terbuka dan memiliki banyak kesempatan untuk meledak gol sepanjang perlawanan berlangsung.

Dua gol jaringan beliau semalam membuktikan penyerang ini berada dalam kelas tersendiri dan mengapa beliau layak untuk menyarung jersi JDT.

Posisi tengah Terengganu terlalu lemah

Pada perlawanan ini Nafuzi Zain telah menggunakan khidmat tiga pemain tengah import iaitu Manuel Ott, Petrus Shitembi, serta Habib Haroon untuk mengimbangi lawan.

Namun, percaturan beliau seakan tidak menjadi apabila terlalu banyak kelompongan di posisi tersebut untuk membenarkan lawan mudah mengeksploitasi posisi tersebut sepanjang permainan berlangsung.

Disebabkan kelemahan ruanh tengah Terengganu yang ketara lemah, ini menyebabkan hubungan mereka kepada barisan serangan sering terputus dan memberi masalah buat barisan pertahanan kelab untuk mengimbanginya secara langsung.

Afiq Fazail menjadi pemain kunci kepada JDT untuk merosakkan setiap aliran bola yang cuba dihubungkan oleh barisan tengah Terengganu untuk menghidupkan serangan mereka.

Arif Aiman terlalu unggul

Pemain muda ini langsung tidak mempamerkan rasa gugup atau membuat sebarang kesilapan mudah sepanjang perlawanan berlangsung.

Arif juga cepat mempelajari kelemahan beliau pada perlawanan lalu sewaktu bertemu Terengganu apabila ketika itu beliau kerap dibayangi pertahanan lawan iaitu Alif Zakaria.

Satu gol pembukaan beliau pada perlawanan tersebut berjaya menaikkan moral rakan sepasukan untuk tampil lebih agresif dalam menjana serangan, selain beliau lebih tenang dengan tidak terburu-buru membuat keputusan di kawasan gol Terengganu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN