Kesebelasan Impian MSL 2017 Pilihan SemuanyaBOLA

Liga Super Malaysia akhirnya menutup tirainya beberapa hari lalu. Dan kami di semuanyaBOLA memiliki pilihan kesebelasan impian tahunan Liga Super Malaysia 2017, ataupun MSL XI 2017.

Pemilihan kami adalah berdasarkan regulasi Liga Malaysia yang hanya membenarkan 3 pemain import Asia ataupun luar Asia dengan import ke-4 wajib dari Asia. Kami memilih formasi 4-2-3-1 untuk pasukan kami.

Penjaga Gol

Hafizul Hakim (Perak)

Penjaga gol utama Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam.

Ini adalah breakthrough season untuk pemain berusia 24 tahun ini selepas musim lalu beliau gagal untuk mengekalkan aksi cemerlang pada awal musim.

Hafizul turut berjaya menjadi penjaga gol utama skuad kebangsaan buat masa ini.

Bek Kanan

Syahmi Safari (Selangor)

Beliau mungkin tidak mendapat perhatian yang lebih baik daripada pemerhati dan peminat bola sepak berbanding dengan pemain lain.

Pemain yang asalnya pemain serangan ini telah diarahkan bermain bek sayap kanan oleh P. Maniam. Beliau menjadi antara pemain paling konsisten dan banyak minit dalam Liga Malaysia musim ini.

Boleh bertahan dan terlibat di final third.  Versatiliti dan ketahanan (endurance) ini yang kami mahukan di dalam pasukan!

Bek Tengah

Fadhli Shas (JDT)

Kredit: JOHOR Southern Tigers, Facebook.

Jika ditanya, siapakah pemian yang paling progresif musim ini? Jawapannya Fadhli Shas. Ketika Marcos Antonio mengalami kecederaan serius, ramai penyokong JDT merasakan mereka dalam masalah.

Namun Fahdli Shas membuktikan, dirinya kembali kepada prestasi terbaik yang pernah beliau pamerkan satu ketika dahulu. Ini adalah persembahan terbaik Fadhli Shas dalam jersi JDT!

Thiago Junior Aquino (Perak)

Khidmat Thiago Aquino diperlukan bagi mengawal benteng pertahanan Perak.

Kami gunakan kuota import pertama untuk Thiago Junior Aquino. Ada beberapa pilihan untuk posisi ini termasuk Ugo Ukah dan Marcos Antonio.

Namun prestasi beliau musim ini meningkat mendadak. Dan jiwa pahlawan beliau kami mahukan di dalam pasukan.

Bek Kiri

Fazly Mazlan (JDT)

Jengka – JDT player, Fazly Mazlan (15) and Aidil Zafuan And Razak (7) and Felda United FC player, Firdaus Faudzi (15) in action during the Malaysia Super League match at Stadium Tun Abdul Razak Jengka on 24 August 2016. Photo by Imotai / www.asiana.my

Masih lagi pilihan terbaik untuk posisi ini. JDT memerlukan pemain ini dalam perlawanan penting. Tenaga yang ada pada beliau dan kerajinan di dalam padang membolehkan beliau kekal no.1 di JDT.

Tengah

Natxo Insa (JDT)

Gambar: JOHOR Southern Tigers

Kualiti dan visi beliau memberikan dimensi berbeza bukan sahaja kepada JDT malah untuk tontonan peminat bola sepak Malaysia.

Kami perlukan ketenangan beliau dalam mengolak corak permainan di tengah dengan hantaran pembunuh yang berterusan.

Beliau tidak mengambil masa yang lama untuk menyerasikan diri dalam arena bola sepak Malaysia. Pastinya kita masih menunggu beliau akan berada dalam skuad Harimau Malaya.

Liridon Krasniqi (Kedah) *Import

Kedah masih terlalu bergantung kepada pemain ini. Beliau adalah sistem kepada pasukan. Kerap kali memikul bebanan seorang diri ketika rakan-rakan lain dalam prestasi hambar.

Liridon pemain yang gemar menerima bola seberapa banyak yang mungkin dan aktif terlibat di dalam padang. Kami percaya, gandingan dengan Natxo Insa akan membuatkan beliau menjadi pemain lebih baik.

Tetapi kami minta beliau untuk tidak terlalu ‘fancy’.

Sayap Kiri 

Syazwan Zainon (Kedah)

Kami perlukan kepantasan beliau untuk melakukan serangan balas. Beliau masih perlu memperbaiki aspek penyudah kerana beliau ada kemampuan untuk menjadi penyerang tambahan ketika di padang.

Sayap kanan

Wan Zack Haikal (Felda United)

Pemain ini kekal konsisten secara individu walaupun pada satu fasa Felda United bergelut dengan prestasi mereka. Antara nadi penting di dalam kebangkitan pasukan Felda United pada separuh kedua musim ini.

Pemain tengan Serangan (No.10)

Mohamadaou Sumareh (Pahang) *Import

Photo by : Norazmi Ibrahim | www.asiana.my

Digelar Sumane kerana aksinya yang laju dan bertenaga. Antara pemain yang kembali kepada prestasi terbaik dalam kancah bola sepak Malaysia. Beliau boleh memegang bola dengan baik, mencipta peluang dan juga menyudahkan gol.

Sayangnya pemain ini tidak dapat menjadi pemain naturalisasi. Tetapi kami mahukan beliau di dalam pasukan.

Pemain yang boleh menggalas tugas sebagai central winger ini adalah pemain yang kami idamkan dalam formasi 3-4-2-3-1 dengan perubahan peranan dengan 2 lagi pemain sayap.

Penyerang

Mohamed Ghaddar (JDT/Kelantan) *Import Asia

18 Gol Direkodkan Ketika Bersama Kelantan Sebelum Menyertai JDT. Foto: Hazmin Hussin / www.asiana.my

Kami memilih Ghaddar kerana aksi beliau di Kelantan. Ketika di JDT, beliau tidaklah teruk tetapi beliau telah meletakkan penanda aras yang tinggi untuk dirinya pada separuh musim bersama-sama dengan pasukan Kelantan.

Pemain paling berharga: Natxo Insa

Kapten: Thiago Junior Aquino

Jurulatih: B.Sathianathan

Kami sudah pastinya mahu memilih Tan Cheng Hoe untuk menguruskan taktikal pasukan dalam sistem 4-2-3-1. Tetapi secara keseluruhannya B. Sathianathan adalah jurulatih paling besar impaknya musim ini.

Beliau mengambil alih Felda United selepas beberapa bulan sahaja memulakan liga. Felda United yang bergelut dengan prestasi ketika itu.

Sathianathan berjaya memperbaiki prestasi Felda United dengan aksi cemerlang pada separuh kedua musim ini.

 

Senarai untuk pertimbangan

Berikut adalah 7 senarai lain yang kami rasa harus dalam pertimbangan.

Ifwat Akmal (Kedah)

Ugo Ukah (Selangor)

Rizal Ghazali (Kedah)

Zah Rahan (Felda United)

Nor Syamim Yahya (Pahang)

Gabriel Guerra (JDT)

Thiago Augusto (Felda United)

Ken Ilso (Kedah)

Itu adalah pilihan kami di semuanyaBOLA. Anda ada pilihan anda sendiri? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN