Kesatuan Eropah Bakal Bincang Pemansuhan ‘Daylight Summer Time’

Kita perlu akui, organisasi berkaitan bola sepak pun terpaksa mengikuti peraturan lain yang digubal di dunia. Termasuklah penetapan masa dan waktu.

Semalam, Guardian melaporkan usaha Kesatuan Eropah untuk memansuhkan perlaksanaan Daylight Summer Time (DST). Dan ia secara tidak langsung akan memberikan impak dalam pengurusan acara sukan.

Kesatuan itu mencadangkan ia dimansuhkan pada 2021.

Apakah itu DST

Jerman antara laksanakan DST. (Photo by Rico Brouwer/Soccrates/Getty Images)

Ia dilaksanakan bagi memberikan ruang masa lebih lama pada siang hari. Di Hemisfera Utara, jarum jam akan dicepatkan satu jam pada Ahad terakhir bulan Mac setiap bulan.

Dan ia akan diundurkan semula satu jam pada Ahad terakhir bulan Oktober setiap bulan, juga di Hemisfera Utara.

Majoriti negara Eropah yang menjadi ahli Kesatuan Eropah (EU) memakai peraturan ini. Dan kebanyakan negara ahli EU mempunyai liga bola sepak yang dikenali dunia!

Sebab itulah jangan terkejut jika ada perlawanan Liga Perdana Inggeris berlangsung pada jam 7 malam pada waktu Malaysia. Walhal, baru jam 12 tengah hari di England!

Keburukan DST?

Walaupun ada kebaikan perlaksanaannya, setiap perkara dilaksanakan akan ada kesan sampingan. DST telah memberikan sedikit impak kepada kesihatan penduduk benua Eropah.

Malah, ada jurnal kesihatan mengatakan kemalangan jalan raya berlaku begitu banyak pada Isnin pertama perlaksanaan sistem ini.

Syarikat penyiar sukan daripada luar Kesatuan EU juga akan menerima kesan ini. Mereka akan terpaksa menyusun semua jadual siaran untuk tontonan penonton.

Kita di Malaysia pun pernah rasai kesannya, sebab itulah informasi ini kami kongsikan agar tiada kekeliruan lagi.

Negara mana terlibat

Peta waktu DST yang dilaksanakan negara anggota EU (berwarna hijau). Sumber: BBC

Sebenarnya anggota EU terbahagi kepada 3 zon waktu berbeza seperti di atas.

Berikut merupakan perubahan waktu mengikut waktu Malaysia.

Western European Time / British Time: Beza 8 jam dengan Malaysia.
Apabila DST dilaksanakan: Beza 7 jam dengan Malaysia.

Central European Time: Beza 7 jam dengan Malaysia.
Apabila DST dilaksanakan: Beza 6 jam dengan Malaysia.

Eastern European Time: Beza 6 jam dengan Malaysia.
Apabila DST dilaksankan: Beza 5 dengan Malaysia.

Semoga isu ini akan memberikan penyelesaian kepada masyarakat bola sepak sedunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN