Courtois Mahu Eden Hazard Sertainya Di Real Madrid

Thibaut Courtois sekali lagi menyatakan hasrat beliau untuk bergabung dengan Eden Hazard di Real Madrid.

Ini bukan kali pertama Courtois menyatakan secara terbuka akan perkara itu. Ketika spekulasi beliau (Courtois) bakal ke Real Madrid dahulu lagi – penjaga gol itu memberitahu: “Di mana saya akan beraksi, di situ saya mahu lihat Hazard ada.”

Courtois melabel Eden Hazard sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia. Dan Hazard sememangnya sesuai untuk bermain dengan kelab sebesar Real Madrid.

Hazard masih belum melanjutkan sebarang kontrak di Stamford Brigde. Awal minggu ini, Eden Hazard menafikan beliau sudah bersetuju untuk menyertai Real Madrid dengan kontrak 5 tahun.

Bercakap kepada Onda Cero, Courtois berkata: “Saya tak pasti sama ada beliau akan datang menandatangani kontrak di Real Madrid. Saya juga tak pasti sama ada kelab ini mahukan beliau.”

“Pada pandangan saya, Hazard pemain yang hebat dan saya bukan orang yang membuat keputusan untuk perkara itu.”

“Setiap manusia akan menentukan apa yang mereka mahukan dalam hidup. Bagi saya, Hazard salah seorang pemain terbaik di dunia. Dan sebagai seorang rakan, saya mahukan beliau datang ke sini.”

Hazard menjadi antara nama yang dikehendaki oleh peminat Real Madrid kerana pemain itu dianggap memiliki kualiti yang sebaiknya.

Musim ini, di EPL, Hazard sudah menjaringkan 13 gol dan 11 bantuan gol. Hazard menjadi pemain penting Chelsea dalam usaha mereka mahu berada di 4 teratas pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN