Apa yang Dion Cools buat dalam aksi berdepan Singapura adalah sangat tak ‘Cool’ hingga Malaysia terkorban.
Semifinalis Piala AFF 2020, Singapura mempamerkan keampuhan mereka apabila berhasil untuk menundukkan Malaysia dalam aksi kedua Tri-Nation Series di Stadium Nasional Singapura dengan keputusan 2-1, malam tadi.
Tidak keterlaluan untuk katakan yang Singapura hanya membiarkan skuad negara berhempas pulas memburu gol, namun pada akhirnya mereka hanya menghantar penyerang sensasi, Ikhsan Fandi untuk meleraikannya.
Ini merupakan lima perkara tentang aksi Harimau Malaya berdepan Singapura dalam Derbi Seberang Tambak.
Kesebelasan Utama & Pemain Simpanan Harimau Malaya
FAS Tri-Nations Series 2022 | Sabtu, 26 Mac 2022
⚽ SINGAPORE 🇸🇬 🆚️ 🇲🇾 MALAYSIA
🕗 8.00 malam ini
🏟 Stadium Nasional, Singapura#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/YSltlhLgyK— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 26, 2022
Keseluruhan pasukan ‘disjointed’
Apa yang dapat dilihat, permainan ketika berdepan Filipina ‘lenyap’. Tiada lagi kombinasi-kombinasi permainan menarik mampu dihidangkan barisan skuad negara. Ada momen-momen menarik dan Malaysia menguasai perlawanan, namun kekerapan hilang penguasaan bola sangat tinggi hasil kelonggaran kombinasi pemain.
Keseluruhannya, jelas Malaysia menguasai permainan walaupun kerap hilang ‘signal’ di antara mereka. Malaysia tetap menyerang kubu lawan bertali arus, tetapi tiada hasil – kredit kepada keampuhan benteng lawan yang menggunakan gandingan tiga bek tengah yang ampuh, Hariss Harun, Safuwan Baharudin dan Irfan Fandi.
Anak buah Kim Pan-gon mampu meledak beberapa gol, namun keberkesanan sentuhan akhir jadi pemisah.
Pergerakan dari setiap zon bermasalah terutamaya dari middle third ke final third, dan ia selepas insiden itu.
Can you see the difference with & without Syafiq Ahmad?
With his work rate, link-up play, pressing, positional awareness, he’s easily one of the best all-rounded players we’ve produced in a while.
Brendan aside, Syafiq would be my favourite M’sian player in the last decade.
— Keesh (@keeshmatstats) March 26, 2022
Tiada siapa mampu ganti Syafiq Ahmad
Selepas insiden Syafiq Ahmad terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan pada minit ke-15 untuk Mohamadou Sumareh menggantikannya, Malaysia tampak ‘disjointed’ di jentera depan. Jelas, fungsi Syafiq Ahmad gagal digerakkan oleh Sumareh secara berkesan. Peranan Syafiq Ahmad memerlukan beberapa kombinasi pekerjaan.
Empat perkara yang mungkin hilang di jentera serangan malam tadi selepas keluarnya Syafiq Ahmad adalah work rate, positioning play sebagai False 9, pressing dan juga kombinasi permainan dengan rakan sepasukan.
Tetapi tidak tahu mengapa, Kim Pan-gon masih kekal dengan Sumareh yang bergelut memberikan sesuatu.
Dion Cools yang hilang ‘Cool’nya
Wingback kanan yang seolah-olah tiada dalam pasukan. Beliau terlupa peranannya ketika fasa bertahan dengan terlampau lama berada di atas. Dan natijahnya, ruang yang ditinggalkannya cemerlang dimanfaatkan The Lions.
“Ini Persembahan Terburuk saya” – Dion Cools Mohon Keampunan Para Penyokong
Minit ke-30, Ikhsan Fandi yang mendapat bola dan membuat larian di sebelah koridor Dion Cools dari middle third sehingga ke depan gol tanpa sebarang gangguan. Dion Cools cuba mengejar namun sudah terlambat.
Gol kedua Ikhsan Fandi sekali lagi menunjukkan kelemahan Dion Cools apabila tidak berada di posisinya. Ia adalah hasil counter attack, namun Dion Cools masih tenang tidak segera kembali ke posisi sepatutnya dan apabila kembali, beliau hanya mampu melihat penyerang muda itu berlari di depannya sebelum meledak gol.
Dion Cools sejurus perlawanan mengakui berdepan Singapura adalah aksi terburuknya dan memohon maaf.
Gol sulung Harimau Malaya Liridon Krasniqi
Mungkin yang menarik berkaitan aksi Harimau Malaya malam tadi adalah jaringan pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi. Selepas enam penampilan sejak tahun lalu, akhirnya beliau berhasil menyumbang gol.
GOL! Liridon Krasniqi 57'
Singapura 1 – 1 Malaysia#SGPMAS pic.twitter.com/szf9MU3uXu
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 26, 2022
Hasil hantaran lolos Akhyar Rashid pada minit ke-57 yang menemuinya di depan kotak penalti lawan telah dimanfaatkannya dengan rembatan ke sudut kiri gawang yang gagal digapai Hassan Sunny untuk Malaysia kembali mengikat kedudukan. Ia lonjakkan yang baik sebaik babak kedua bermula tetapi Malaysia terus lalai.
Tetapi, sumbang gol sahaja tidak cukup untuk meletakkan prestasinya adalah yang terbaik semalam. Masih terdapat banyak ruang buatnya untuk memperbaiki permainan agar selari dengan approach pasukan.
Ikhsan Fandi buat Malaysia terus kempunan
Berusia 22 tahun dan memiliki fizikal yang bagus sebagai penyerang, Singapura berada di jalan yang betul untuk kembali mengaum di peringkat Asean menerusi penyerang tersebut, Ikhsan Fandi – anak kepada Fandi Ahmad.
Sejak saingan Piala AFF 2020, namanya semakin melonjak dan beliau akhirnya dipinang juara Thai League 1, BG Pathum United. Daripada 11 penampilannya dengan tujuh dalam kesebelasan utama, Ikhsan Fandi sudah pun meledak empat gol. Beliau adalah nadi jentera serangan The Lions pada ketika ini sebagaimana Syafiq Ahmad.
Jaringan bergandanya membuat Malaysia terus kempunan dengan kali terakhir melakar kemenangan ke atas Singapura dalam Derbi Seberang Tambak adalah pada November 2014 dalam saingan Piala AFF di Singapura.