Kes Rogol Dibuka Semula, Cristiano Ronaldo Membuat Penafian Di ‘Instagram Live’

Tahun lalu Der Spiegel telah melaporkan yang seorang wanita pernah membuat laporan polis menyatakan dia dirogol oleh Cristiano Ronaldo.

Dan terbaru, Polis di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan membuka semula kes dan kertas siasatan untuk kes tersebut.

Wanita itu yang hanya dikenali sebagai Susan oleh Der Spiegel sebenarnya bernama Kathryn Mayorga, bekas peragawati yang kini sudah berusia 34 tahun.

Satu dokumen mahkamah menyatakan yang Ronaldo merogol wanita itu kerana Mayorga berkali-kali menjerit ‘tidak’. Insiden berlaku pada 13 Jun 2009.

Ronaldo pernah membuat penafian akan hal itu. Namun kenyataan Polis Las Vegas menyatakan:

“Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas membuka semula kes serangan seksual pada 13 Jun 2009.”

“Ketika laporan diambil, mangsa tidak memberitahu detektif kami lokasi insiden ataupun deskripsi suspek. Satu ujian medikal dilakukan untuk membantu siasatan.”

“Pada September 2018, kes ini dibuka semula kerana detektif kami telah diberikan maklumat terbaru oleh mangsa.”

“Ini adalah kes yang masih dalam siasatan dan tiada maklumat tambahan dikeluarkan buat masa ini.”

Ronaldo dan Mayorga dilaporkan pernah berunding di luar mahkamah untuk kes ini.

Namun Mayorga melakukan ‘dramatic u-turn’ kerana merasakan adalah lebih baik kes itu dibawa ke pengadilan.

Ini yang membuatkan kes ini menjadi panas kerana Mayorga dikatakan mengkhianati perjanjian.

Berdasarkan laporan, Mayorga dibayar sekitar $518,000 (£287,000) untuk tidak mengenakan sebarang caj jenayah kepada Ronaldo.

Ronaldo memang menafikan akan kes itu dan menganggap ia adalah berita palsu, sengaja menggunakan namanya untuk mencari populariti.

Ronaldo dan agensi beliau Gestifute sebelum ini berjanji akan mengambil tindakan ke atas Der Spiegel dan pihak yang tak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu.

Dokumen laporan di mahkamah menyatakan:

“Cristiano Ronaldo menolak plaintif masuk ke kamar tidur dan menolak ke atas katil untuk melakukan hubungan seksual.”

“Plantif menjerit, tidak, tidak, tidak.”

“Apabila Cristiano Ronaldo selesai melakukan serangan seksual itu, dia membenarkan plaintif meninggalkan kamar tidur dan meminta maaf, Ronaldo menyatakan biasanya dia ‘gentleman’.”

Ketika melakukan serangan seksual itu, Ronaldo ketika itu baru berusia 24 tahun, sedang bercuti dengan abang ipar dan sepupunya.

Cik Mayorga ketika itu berusia 25 tahun, bekerja di kelab malam Rain, terletak di dalam Palms Casino Resort. Mereka bertemu di kawasan VIP.

Gambar Paparrazzi menunjukkan memang kedua-dua mereka ada bertemu di sana dan bercakap-cakap dengan satu sama lain.

Selepas berhibur di situ, Ronaldo menjemput Mayorga dan rakannya ke ruang penthous beliau di bilik 57306 untuk menikmati pemandangan dari Vegas Strip.

Ronaldo mengajak Mayorga mandi di dalam tub panas namun model itu menolak kerana tak mahu membuka bajunya. Lalu Ronaldo menyatakan ada beberapa baju lain di situ untuk Mayorga pakai.

Dokumen di mahkamah itu juga menyatakan yang Mayorga akhirnya menukar bajunya, Ronaldo berjalan di hadapannya, dan meminta wanita itu melakukan aksi tertentu.

Dalam temubual dengan wakil Der Spiegel, Mayorga menyatakan:

“Lelaki ini popular, seksi, dan seorang yang dayus dan teruk.”

Mayorga memberitahu dia dipaksa melakukan hubungan seksual tanpa kerelaan. Ronaldo berjanji hanya bercumbu dan kemudian membenarkan Mayorga pergi.

Namun Mayorga menyatakan yang Ronaldo menjadi ganas dan rakus dan merogolnya.

Selepas dirogol, Mayorga membuat laporan polis di Balai Polis Las Vegas. Pada keesokannya, satu ujian medikal dijalankan di hospital. Bukti dan laporan diambil, didokumentasi dan digambar.

Selepas kes itu, Mayorga dilaporkan berhenti menjadi cikgu dan hidup dalam penyembunyian.

Mendengar berita yang menyatakan kes ini dibuka semula, Cristiano Ronaldo telah memberitahu di siaran langsung instagram bahawa semua itu adalah berita palsu. Dia berkata:

“Tidak, tidak, tidak, tidak, tidak. Apa yang telah mereka laporkan hari ini? Palsu, ianya berita palsu.”

“Mereka mahu mempromosikan diri mereka menggunakan nama saya. Ia perkara biasa.”

“Mereka mahu menjadi terkenal dengan menyebut nama saya, tetapi ianya adalah sebahagian daripada cara mereka.”

“Saya seorang yang gembira dan semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja.”

https://www.youtube.com/watch?v=LnCpqrJgRwc

Juventus buat masa ini enggan memberikan komen akan hal itu.

Peguam Ronaldo, Christian Schertz akan memfailkan tindakan undang-undang ke atas Der Spiegel yang dituduh menerbitkan berita yang dilabel “blatantly illegal” (secara terang-terangan menyalahi undang-undang).

Christian Schertz berkata:

“Ianya telah mencemar hak peribadi klien kami Cristiano Ronaldo dengan cara yang tak boleh diterima.”

“Ini adalah laporan yang tidak dapat diterima dan penuh keraguan melibatkan privasi.”

“Oleh itu, ianya adalah menyalahi undang-undang untuk menghasilkan semula laporan ini.”

“Kami telah diarahkan untuk segera menyertakan semua tuntutan yang ada di bawah undang-undang akhbar ke atas Der Spiegel, khususnya untuk tuntutan pampasan bagi kerosakan moral dalam jumlah yang sepadan dengan graviti pelanggaran itu.”

“Dan salah satu daripada perlanggaran itu merupakan perlanggaran ke atas hak peribadi paling serius dalam beberapa tahun kebelakangan ini. “

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN