Neymar didapati gagal untuk memenangi rayuan mengenai kes perpindahan beliau dari Santos ke Barcelona yang terjadi 4 tahun yang lalu.
Mahu dipenjara
Dalam keputusan yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah di Sepanyol. Neymar serta beberapa lagi entiti termasuklah Barcelona, Santos, serta syarikat yang diurus oleh ibu bapa Neymar telah mengalami kegagalan dalam proses rayuan mengenai isu perpindahan beliau ke Barcelona.
Kes ini dibawa ke mahkamah selepas sebuah syarikat pelaburan dari Brazil iaitu DIS.
Ia dikatakan 40% daripada jumlah perpindahan yang dibayar Barcelona kepada Santos diberikan kepada DIS. Namun begitu, DIS cuma menerima sedikit sahaja.
Pihak plantif juga mahu Neymar dipenjara bersama-sama dengan bapanya kerana kes rasuah $10 juta. Akan tetapi, Neymar dan bapanya sukar untuk dihumban ke penjara kerana mereka berdua adalah pesalah kali pertama.
Plantif juga meminta $9 juta daripada Barcelona dan $7 juta daripada Santos sebagai denda.
DIS membawa kes ini ke mahkamah selepas mereka membayar €1.4 juta untuk memiliki 40% Neymar pada 2009.
Ketika itu, Barcelona berkata yang Neymar dibeli dengan harga sebanyak €57.1 juta jadi Santos memperoleh €17.1 juta.
Namun begitu, DIS berkata Barcelona membayar €25.1 juta kepada Santos dan bukan jumlah €57.1 juta seperti yang dinyatakan.
Oleh kerana itu, DIS mahu mendapatkan wang tambahan sebanyak €3.2 juta daripada perjanjian tersebut.
Kami harap kes ini akan berakhir dengan baik dan Neymar boleh bermain bola sepak tanpa perlu turun naik mahkamah.
Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Kisah Sebak Anak Buahnya Ketika Mewakili Pasukan Daerah