Kelab amatur yang berpangkalan di Pantai Timur, Kerteh FC kini terus mengorak langkah apabila akademi seliaan iaitu Kerteh Soccer School berjaya mendapatkan pengiktirafan dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab, Kerteh memperoleh akreditasi dari FAM untuk kategori gangsa bagi program piagam SupaRimau.
Kategori gangsa itu adalah peringkat asas dalam piramid piagam SupaRimau yang dikeluarkan FAM.
Bagi pengurus Akaemi Kerteh Soccer School, Redzuan Mansor, pengiktirafan yang diberikan ini cukup bermakna buat akademi dan kelab secara amnya.
“Pengiktirafan oleh FAM ini merupakan satu pencapaian yang cukup membanggakan bagi Kerteh Soccer School sekali gus menyemarakkan lagi semangat kami untuk mencungkil bakat-bakat muda.”
Setakat ini, seramai 120 kanak-kanak sudah mendaftar dengan akademi ini dengan Kerteh mempunyai perancangan untuk membuka cawangan Kerteh Soccer School di Kuala Lumpur pula.
Pihak FAM sebenarnya telah mengesahkan status akriditasi kepada Kerteh Soccer School pada 30 September yang lalu. Akan tetapi, penilaian semula akan dilakukan 31 Disember 2021.
Hasil dari akreditasi ini, Kerteh Soccer School diberikan kelayakan untuk beraksi dalam Liga Akar Umbi FAM.
Berita ini satu pencapaian yang baik buat kelab-kelab amatur di luar sana dalam usaha untuk membentuk satu ekosistem yang baik dalam bola sepak negara. Tahniah buat Kerteh!
Baca juga artikel kami mengenai Kerteh FC:
Kerteh FC Jalin Kerjasama Antarabangsa Bersama EU Sant Andreu
Kerteh FC, Majlis Perbandaran Kemaman Intai Peluang Jalin Kerjasama