Kerteh FC, Majlis Perbandaran Kemaman Intai Peluang Jalin Kerjasama

Kerteh FC

Kelab yang berpengkalan di Terengganu, Kerteh FC terus giat merangka perancangan dalam usaha menghidupkan kemeriahan bola sepak komuniti di kawasan setempat.

Hal ini kerana kelab yang turut dikenali sebagai The Oilers itu telah mengadakan pertemuan dengan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dalam membincangkan beberapa perancangan strategik melibatkan kedua-dua pihak.

Pada sesi perbincangan yang diadakan di Bilik Seri Intan MPK, Chukai itu, Kerteh FC diwakili syarikat induk yang menyelia operasi kelab tersebut iaitu KAL Services Sdn Bhd.

Menurut sumber laman Facebook rasmi kelab tersebut, antara perkara yang menjadi topik utama pertemuan itu adalah dalam membincangkan potensi beberapa projek penswastaan yang mampu untuk diterokai kedua-dua belah pihak.

Yang Dipertua MPK, YBRS Jusman Bin Ibrahim juga menyuarakan rasa gembiranya serta menyambut baik langkah proaktif yang ingin diambil oleh pihak-pihak swasta dalam mewujudkan persekitaran komuniti yang berbentuk sukan dan riadah sekaligus dapat menyumbang kepada perkembangan pelancongan, ekonomi dan perpaduan penduduk setempat.

Dalam perkembangan yang sama, pertemuan kedua-dua pihak itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, YB Ir. Saiful Azmi Suhaili yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu.

Seperti yang diketahui, meskipun hanya berstatus kelab komuniti, mereka tidak kering dengan pelbagai idea menarik dalam meningkatkan ‘nilai’ kelab tersebut.

Selain pernah mencatatkan keuntungan sebanyak 24.1 peratus daripada keseluruhan jumlah pendapatan bagi musim 2019, kelab ini juga merekrut bekas Pengurus Sukan Antarabangsa RCD Espanyol, Oscar Riera sebagai Penasihat Teknikal pasukan.

Banyak lagi usaha dalam meningkatkan nilai komersial pasukan telah dilakukan oleh pengurusan tertinggi pasukan yang sepatutnya beraksi dalam saingan Liga M4 2020 itu.

Baca artikel lain dari kami mengenai kelab berjiwa besar ini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN