Quantcast

KOMUNITI

Kerteh FC Buka Peluang Penajaan & Ruang Iklan Bagi Menghadapi Musim Baharu

Kelab bola sepak komuniti terkenal di Terengganu, Kerteh FC kini telah membuka peluang penajaan dan ruang iklan bagi menghadapi musim 2020.

Berdasarkan catatan perbelanjaan yang telah dirangka, perjalanan kelab yang turut dikenali sebagai ‘The Oilers’ itu menelan kos bernilai RM 734,400,00 untuk setahun.

 

34% daripadanya adalah melibatkan pembayaran elaun pemain dan jurulatih manakala 37% diperuntukkan bagi menjalankan program pembangunan.

Sementara itu 12% pula merangkumi aspek media/pemasaran serta 17% lagi berkaitan pelaburan serta kegunaan bagi lain-lain perkara.

Terdapat banyak manfaat yang dapat diperoleh bagi pihak yang membuat tajaan serta menjadi rakan kongsi kelab. Hal ini kerana nama syarikat atau jenama anda akan dipaparkan di setiap aset kepunyaan Kerteh FC seperti di A-Board, Billboard, Jersi dan Stadium.

Paparan secara dalam talian turut akan dilakukan dengan pada setiap media sosial milik Kerteh FC seperti di laman sesawang rasmi kelab, Facebook, Instagram, Twitter dan LinkedIn

Dalam perkembangan yang sama, KAL Services Sdn Bhd (KALSSB) adalah merupakan sebuah syarikat SPV yang ditubuhkan untuk menjamin kelestarian kewangan dan pertumbuhan komersial Kerteh FC.

KALSSB telah memeterai perjanjian bersama Linda Workroom bagi memperkasakan usaha mencari penaja dan pengurusan aset-aset dibawah seliaan KALSSB dan Linda Workroom.

Selain perniagaan dalam industri bola sepak, KALSSB juga terlibat secara langsung di dalam aktiviti perniagaan industri Minyak & Gas, Insurans dan Pengiklanan.

Bagi syarikat yang berminat untuk menjadi penaja/rakan kongsi buat Kerteh FC, boleh menghubungi +60199557 801 atau hantarkan email kepada [email protected]