Kerjasama MFL & Gamesbond Bakal Anjurkan Kejohanan E-Piala Malaysia

E-Piala Malaysia

Malaysian Football League (MFL) dengan kerjasama Gamesbond Global Sdn Bhd (Gamesbond) bakal memperkenalkan kejohanan sukan elektronik (e-sports), E-Piala Malaysia bersempena saingan Piala Malaysia 2019 musim ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL Kevin Ramalingam, pihaknya sentiasa terbuka dan teruja bagi memperkenalkan pendekatan baharu dengan mengadakan kejohanan E-Piala Malaysia yang bakal dibarisi pemain-pemain e-sports berstatus profesional negara.

Jelas Kevin, MFL menyedari perkembangan e-sports semakin mendapat perhatian serius di kalangan masyarakat khususnya generasi muda justeru beliau mengakui MFL turut tidak mahu ketinggalan untuk menyumbang kepada perkembangan e-sports.

“MFL sentiasa mengalu-alukan kerjasama e-sports ini bersama Gamesbond di mana MFL mahu turut terlibat secara serius dalam kejohanan sukan elektronik yang semakin mendapat perhatian daripada generasi muda khususnya membabitkan sukan bola sepak.

“E-sports kini menjadi kegilaan sebahagian daripada remaja di Malaysia ketika ini dan dilihat mampu diketengahkan sebagai aktiviti yang boleh menjamin masa depan golongan belia.

“Aktiviti itu kini bukan sekadar untuk mengisi masa lapang malah ia boleh mendatangkan ganjaran yang lumayan menerusi pertandingan yang sering dianjurkan di luar negara.

“Saya percaya E-Piala Malaysia ini bakal menghangatkan lagi saingan kejohanan tertua di Asia Tenggara ini yang kini sudah memasuki saingan peringkat kumpulan. Selain itu kita juga merancang untuk menganjurkan pertandingan liga seiring dengan saingan Liga Malaysia musim depan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Pengarah Urusan Gamesbond Muhammad Fazli Razak menjelaskan, pihaknya telah memilih beberapa pemain ranking terbaik tanah air yang dijangka bakal membuat penampilan di E-Piala Malaysia.

“E-Piala Malaysia kali ini bakal menggunakan permainan video FIFA 20.

“Kita telah senarai pendek dan memilih pemain-pemain e-sports berdasarkan ranking rasmi dan pencapaian antarabangsa yang terbaharu.

“Saya percaya bahawa kerjasama dengan MFL bukan sahaja membuka dimensi baharu dalam sukan elektronik tetapi sebaliknya ia turut menunjukkan Malaysia memiliki ramai pemain-pemain berpotensi tinggi,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN