Kerja Penambahbaikan Di Etihad Oleh Guardiola Dan Misi Seterusnya

Ketika Pep Guardiola melakukan pembelian ramai pemain pertahanan musim ini, ramai yang menganggap beliau sedang menyediakan pertahanan untuk perang dunia ke-3. Ada juga yang membahan Guardiola dengan lawak ini:

Sheikh Mansour: Apa pencapaian awak setakat ini
Guardiola: Berjaya memiliki 2 pemain berkualiti di setiap posisi.

Squad depth dan falsafah bola sepak

Lawak itu merujuk kepada usaha Guardiola untuk memiliki 2 pemain terbaik di setiap posisi tetapi beliau gagal memenangi sebarang piala musim lalu.

Adakah memiliki 2 pemain terbaik di setiap posisi itu satu kejayaan?

Bahan jenaka itu sebenarnya ada betulnya dan ia bukanlah perkara yang kelakar dalam pengurusan pasukan. Ia adalah satu kejayaan dalam pengurusan squad depth. Prinsip yang sama dipegang oleh Sir Alex Ferguson satu ketika dahulu.

Sir Alex cuba memperbaiki aspek squad depth sebagai senarai semak utama beliau dalam beberapa musim pertama di United. Lihat apa yang dimiliki City pada hari ini.

Sebelum ini Guardiola melakukan perkara yang sama di Barcelona dan Bayern dan kejayaan tiba dengan lebih cepat kerana skuad yang beliau miliki lebih sesuai dengan taktikal beliau.

Itulah yang penting! Pemain yang betul dengan taktikal yang sesuai. Itu yang dilakukan Conte ketika menukar formasi kepada 3-4-3 dan memperbaiki aspek permainan Chelsea musim lalu sehingga menjadi juara liga.

Pep bergelut dalam menguruskan pasukan yang tidak memiliki pemain yang mampu  membawa falsafah bola sepak beliau. Sehinggakan pemain seperti Jesus Navas dijadikan bek sisi pada musim lalu.

(Photo by TF-Images/TF-Images via Getty Images)

Musim ini, Manchester City memiliki Sane dan Sterling dengan kualiti kelajuan di bahagian sayap. Mereka ada Gabriel Jesus dan Kun Aguero, Silva dan De Bruyne, Bernardo Silva pula boleh beraksi di banyak posisi.

Kyle Walker dan Mendy menjadi tambahan yang baik di bek sisi. Kecederaan Mendy digantikan Danilo.

Guardiola sentiasa berpegang kepada prinsip bola sepak yang cantik. Beliau sentiasa tidak mahu ‘melukakan’ mendiang Cruyff.

Musim ini, City memiliki saiz skuad dan kualiti yang sangat baik. Mereka boleh menukar formasi dengan kualiti yang ada.

Pada masa yang sama, kecederaan pemain seperti Aguero dan Mendy, tidak memberikan impak kepada mereka. Begitu juga, jika pemain seperti Sterling tidak beraksi baik, mereka masih ada pemain seperti De Bruyne yang mampu memberikan impak.

Joey Barton pula berpendapat, Guardiola mampu memberikan impak musim ini kerana beliau memiliki pasukan yang berkualiti dengan kemampuan membeli mana-mana pemain di dunia ini.

Barton berkata:

“Guardiola tidak mungkin akan mampu bermain seperti mana mereka membelasah pasukan Stoke jika beliau menguruskan pasukan seperti Burnley.”

“Lewis Hamilton tidak akan menjadi juara F1 dengan Nissa Micra!”

Namun isu, kesamarataan dalam sukan itu memang tidak wujud terutama sekali dalam sukan seperti bola sepak.

Mungkin kita akan terus teringat dengan Ranieri yang membawa Leicester menjurai EPL 2 musim yang lalu dengan pasukan dianggap ‘under dog’. Itu kerja luar biasa!

Kualiti pertahanan dan serangan

Tetapi apa yang harus digariskan adalah peningkatan ketara pasukan City musim ini. Mereka memperbaiki aspek pertahanan mereka.

Counterpressing dan aspek sweeping oleh penjaga gol diperbaiki pada musim ini. Struktur yang lebih stabil dan konsisten.

Serangan mereka menjaringkan 32 gol setakat ini dalam 9 perlawanan liga. Ianya angka tertinggi dicatatkan oleh Guardiola di dalam karier pengurusan beliau.

Sergio Aguero
MANCHESTER, ENGLAND – SEPTEMBER 23: Sergio Aguero of Manchester City celebrates scoring his sides fourth goal with his Manchester City team mates during the Premier League match between Manchester City and Crystal Palace at Etihad Stadium on September 23, 2017 in Manchester, England. (Photo by Victoria Haydn/Manchester City FC via Getty Images)

Antara kejayaan City setakat ini adalah menang 1-0 ke atas juara bertahan dan membelasah Liverpool 5-0. Menang 6-0 ke atas Watford yang berada dalam prestasi terbaik mereka. Ianya diikuti menang besar 7-2 ke atas Stoke kemudiannya.

Musim lalu, Guardiola turut membuatkan penyokong teruja dengan 10 kemenangan berturut-turut pada musim pertama beliau menguruskan City. 6 daripada kemenangan itu daripada EPL dengan 18 gol dicatatkan.

Namun mereka dikejutkan dengan seri 3-3 dalam perlawanan menentang Celtic. Spurs kemudian memberikan mereka ‘reality check’ dengan menewaskan City 2-0.

Selepas itu, City kelihatan agak rapuh. Beberapa keputusan selepas itu kurang memberansangkan. Tidak kurang juga yang meragui keupayaan Guardiola.

Ramai yang merasakan, Joe Hart seharusnya dikekalkan dalam pasukan City. Namun Guardiola mempertahankan hujah belia yang tetap mahukan penjaga gol yang boleh mengawal bola dengan baik di kaki mereka.

Ramai yang menggariskan beberapa aksi cemerlang Hart di Serie A, namun tidak ramai yang menggariskan beberapa kelemahan Hart yang sudah menunjukkan sedikit kemerosotan prestasi.

Dalam satu analisis oleh BT Sports Itali, mereka mendedahkan kelemahan Hart adalah tumbukan beliau yang lemah. Penganalisis dan media England hanya tutup mata dengan analisis itu.

Anda boleh baca di artikel: Video: Analisis BT Sport Itali Tentang Kesilapan Penjaga Gol Oleh Joe Hart

Kini Manchester City kekal satu satunya pasukan yang tidak kalah lagi dalam EPL selepas 9 perlawanan. Ini selepas Manchester United kalah 2-1 di tangan Huddersfield dalam perlawanan yang tidak mampu untuk dijelaskan oleh Mourinho.

De Bruyne dan penambahbaikan yang lain

Kevin De Bruyne sudah pastinya menjadi nadi penting dalam skuad City musim ini. Peningkatan prestasi beliau membuatkan De Bruyne menjadi pemain yang sangat tajam, kreatif dan bertenaga.

(Photo by Victoria Haydn/Manchester City FC via Getty Images)

De Bruyne menepati pemain no.8 yang dimahukan Guardiola dalam falasfah bola sepak menyerang. Beberapa pemain juga bejaya di-‘upgrade’ oleh Guardiola termasuk Stones, Otamendi, Fernandinho.

Di posisi penjaga gol beliau berjaya menggantikan Bravo dengan Ederson yang sangat baik dalam peranan ball playing keeper.

Misi seterusnya

Misi Pep Guardiola seterusnya adalah Piala! Dengan kualiti skuad yang beliau ada, pasukan ini perlu mengekalkan konsistensi mereka dalam saingan domestik dan Eropah.

Guardiola memberitahu media musim lalu yang beliau adalah pengurus paling bertuah kerana tidak dipecat selepas gagal untuk memenangi sebarang piala dengan sokongan kewangan yang kuat oleh pemiliki kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN