Kereta Mewah Cristiano Ronaldo Remuk Selepas Alami Kemalangan Di Sepanyol

Cristiano Ronaldo kemalangan

Bintang bola sepak Manchester United, Cristiano Ronaldo baru-baru ini ditimpa malang apabila kereta mewah miliknya mengalami kemalangan ketika bercuti.

Kereta mewahnya iaitu Buggati Veyron mengalami kerosakan ketika beliau sedang bercuti Gunung Tramuntana yang terletak di Mallorca, Sepanyol.

Walaupun begitu, pemain kebangsaan Portugal tersebut tidak mengalami sebarang masalah dari segi kecederaan kerana ketika itu kereta tersebut dipandu oleh pengawal peribadinya.

Pengawal peribadi Ronaldo itu hilang kawal sewaktu memandu Buggati milik beliau lalu merempuh dinding sebuah kediaman di Sa Coma, Palma de Mallorca.

Pengawal peribadi tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan, malah individu itu sendiri yang menandantangani laporan kemalangan tersebut.

Sebaliknya, kereta milik Ronaldo itu mengalami remuk di bahagian depan sahaja tetapi kesan yang diberikan adalah lebih besar.

Hal ini kerana, kereta yang hilang kawalan itu kemudiannya merempuh pintu sebuah rumah lalu masuk ke dalam pondok.

Ia kemudiannya merosakkan sepenuhnya bahagian tersebut.

Kereta Bugatti milik Ronaldo itu merupakan koleksi daripada pelbagai kereta mewah yang dimilikinya. Harga sebuah kereta itu mencecah hampir RM 10 juta!

Ronaldo kini sedang bercuti bersama-sama keluarganya ketika kalendar bola sepak Eropah sedang berada pada fasa pra-musim.

Ronaldo akan kembali bersama skuad United untuk musim baharu dengan pemain berusia 36 tahun tersebut dilihat mahu sekali lagi menggegar bersama The Red Devils di bawah kendalian Erik ten Hag.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN