Biarpun Berada Di Kedudukan Tercorot Liga, Nafuzi Zain Enggan Pandang Remeh Cabaran Penang

Terengganu masih lagi segar dengan kemenangan mereka baru-baru ini sewaktu menewaskan Kuala Lumpur City (KL City) di laman sendiri dengan keputusan 2-0 setelah hampir dua bulan pasukan ini tidak beraksi secara kompetitif.

Kemenangan tersebut dilihat berjaya melonjakkan motivasi setiap pemain yang pastinya ingin meneruskan momentum mereka untuk perlawanan seterusnya bagi terus memperbaiki kedudukan carta liga.

Pengendali Terengganu iaitu Nafuzi sendiri turut mengingatkan barisan anak buahnya agar meneruskan momentum kemenangan bagi pertemuan seterusnya malam esok di Stadium Bandaraya untuk bertemu Penang.

Jelas pengendali muda berpotensi tersebut, beliau mahu setiap pemain memberi fokus sepenuhnya untuk mengekalkan aksi terbaik seperti pertemuan menentang KL City lalu agar tiga mata berharga dapat digenggam.

“Kita memulakan aksi Liga Super menentang KL City dengan kemenangan meskipun berehat lama hampir dua bulan.

“Saya harap pemain dapat terus mempamerkan semangat tinggi dalam perlawanan menentang skuad Harimau Kumbang bagi mengukuhkan lagi kedudukan di persada liga,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Gong Badak semalam menerusi BERNAMA.

Untuk rekod, setakat ini Terengganu berada di tangga ketujuh carta Liga Super 2022 dengan mengutip sembilan mata daripada lima perlawanan dihadapi mereka.

Dalam masa sama, Nafuzi juga menyedari cabaran sengit pastinya bakal diberi oleh Penang yang kini dikendalikan oleh Zainal Abidin Hassan untuk menghalang mereka daripada memperoleh kemenangan keempat dalam saingan Liga Super.

Beliau juga mengingatkan para pemain agar tidak mengambil mudah dalam perlawanan tersebut walaupun kini Penang berada di tangga tercorot liga serta masih belum mencatat sebarang kemenangan.

Selain itu, Nafuzi juga mengakui dirinya masih belum memutuskan senarai pemain yang bakal beraksi malam esok termasuk barisan import untuk berdepan cabaran tuan rumah.

“Kita lihat prestasi pemain pada sesi latihan terakhir hari ini. Bagaimanapun saya fikir tidak ada masalah kerana semua pemain sedang berada pada tahap moral terbaik.

“Apa yang lebih penting ialah pemain perlu ikut perancangan ditetapkan dan penyerang perlu bijak menghidu peluang untuk menjaringkan seberapa banyak gol,” katanya.

Sumber:
BERNAMA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN