4 Kereta Mewah Aubameyang Tiba Di London, ‘Batmobile’ Tidak Kelihatan

Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dilihat mempamerkan sebahagian koleksi kereta mewahnya yang bernilai £850,000 di parking hotel penginapannya.

Aubameyang yang kini tinggal di sebuah hotel mewah telah membawa empat buah dari keretanya ke London dan telah diletakkan di parking hotel tersebut.

Aubameyang sangat terkenal dengan gaya hidup mewah dan barisan koleksi keretanya itu adalah salah satu bukti mengenai kekayaan dan gaya hidup mewahnya.

https://twitter.com/ben_crtrUCLan/status/974968483208450048

Antara kereta yang terdapat di parking hotel tersebut adalah Lamborghini Aventado yang bernilai £270,000, Ferrari 812 Superfast (£250,000) dan Range Rover Sport Mansory (£150,000).

Terdapat beberapa lagi kereta mewahnya yang belum tiba di England antaranya Ferrari 458 Italia (£200,000), Aston Martin DB9 Volante 2 (£140,000) dan Audi R8 V10 Plus (£128,000).

Kereta-kereta miliknya itu dikatakan menggambarkan dirinya iaitu sebagai seorang pemain yang pantas. Mengikut rekod, pemain kelahiran Gabon itu pernah mencatatkan 3.7 saat untuk larian berjarak 30 meter.

Antara kereta terkenalnya adalah kereta Lamborghini yang telah diubahsuai, memiliki logo tulisan A di bonet hadapan ataupun dikenali sebagai ‘Batmobile’. Mengapa Batmobile?

Ianya adalah selepas Aubameyang mengenakan topeng Batman ketika meraikan jaringannya bersama-sama ‘Robin’nya iaitu Marco Reus pada musim 2015.

Walaupun ungkapan ‘Batman and Robin’ adalah sekadar untuk berseronok, namun Aubameyang dilihat terkesan dengan ungkapan itu sehingga menamakan keretanya, Batmobile.

Walaubagaimanapun, ‘Batmobile’ yang popular itu masih tidak kelihatan di London dan berita penjualannya sekitar Disember lalu mungkin dapat menjelaskan mengenai ketiadaan kereta tersebut.

Menurut Aubameyang ketika ditemubual oleh Mirror, dia tidak akan mengubah gaya hidupnya dan tidak peduli tentang apa yang orang akan fikir mengenai dirinya.

“Saya suka diri saya yang sekarang dan tidak mengapa jika orang lain tidak sukakannya. Segala pakaian, kereta dan semuanya adalah bonus. Saya suka hidup dengan cara ini.

“Seperti ungkapan ‘hidup hanya sekali’. Perkara paling penting adalah anda tahu dari mana anda serta asal usul, dan selebihnya adalah bonus besar,” ujar pemain berusia 28 tahun.

Berikut merupakan koleksi kereta mewah miliknya:

  • Porsche Panamera Turbo Techart – £140,000
  • Lamborghini Aventador – £270,000
  • Ferrari 812 Superfast – £250,000
  • Range Rover Sport Mansory – £150,000
  • Audi R8 V10 Plus – £128,000
  • Aston Martin DB9 Volante 2 – £140,000
  • Ferrari 488 Spider – £205,000
  • Porsche Panamera Mansory C One – £113,000
  • Volkswagen Beetle Cabriolet – £22,000
  • Porsche Cayenne Techart Magnum – £60,000
  • Ferrari 458 Italia – £200,000
  • Audi R8 2013 – £128,000
  • Lamborghini Gallardo LP560-4 – £141,000

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN