Mohamed Salah dan Sadio Mane masing-masing cemerlang menjaringkan gol untuk membantu Liverpool menewaskan Aston Villa 4-1 dalam aksi pusingan ketiga Piala FA pada awal pagi tadi.
Jurgen Klopp merupakan di antara pengurus yang paling kerap bersuara mengenai masalah jadual perlawanan yang terlalu padat pada musim ini sehingga menjurus kepada masalah kecederaan melibatkan pemain-pemain pasukannya.
Baginya kepadatan jadual tersebut merupakan sesuatu yang amat berbahaya dan dianggap seperti ‘jenayah’ kerana merisikokan pemain dan tidak menjaga kebajikan mereka.
Pep Guardiola and Jurgen Klopp have both criticised the Premier League schedule.
They've also had their say on substitutions in the top flight,
👉 https://t.co/Id36vgV2as#bbcfootball pic.twitter.com/g5Pei95WGR
— BBC Sport (@BBCSport) November 8, 2020
Tiada siapa yang dapat menafikan apa yang dikatakan olehnya itu kerana ia merupakan kenyataan yang tidak dapat disangkal. Beberapa pengurus kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang lain juga mempunyai pendapat yang sama.
Persoalannya mengapa beliau menurunkan pemain-pemain pentingnya dalam kesebelasan utama untuk berdepan dengan Villa yang hanya menggunakan pemain skuad bawah 23 tahun (B-23)?
Selain Salah dan Mane, pengurus warga Jerman itu turut meletakkan Fabinho, James Milner, Jordan Henderson dan Gini Wijnaldum untuk berdepan Villa. Sedangkan pemain-pemain ini baru sahaja beraksi pada empat hari lepas ketika tewas 1-0 kepada Southampton.
#FACup team news is in… 🗞️
How the Reds line-up to face @AVFCOfficial 🟣🔴 #AVLLIV | #FACup
— Liverpool FC (@LFC) January 8, 2021
Beliau mempunyai peluang untuk merehatkan pemain-pemain bintang ini dan memberi kepercayaan kepada pemain lain. Adakah pemain seperti Alex Oxlade-Chamberlain, Divock Origi dan Xherdan Shaqiri tidak cukup bagus untuk menghadapi ‘budak-budak mentah’ berkenaan?
Kini timbul persoalan, adakah Klopp ini bercakap tidak serupa bikin kerana ini bukan kali pertama beliau bertindak sedemikian.
Jurulatih berusia 53 tahun itu juga mempertikaikan pendirian sebahagian kelab EPL yang tidak mengundi untuk mengubah peraturan pertukaran pemain kepada lima pertukaran dalam setiap perlawanan.
Klopp Bengang Cadangan Lima Pertukaran Pemain Ditolak Majoriti Kelab EPL https://t.co/3KWdIFE8tf pic.twitter.com/DyheHJmZjq
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 19, 2020
Namun dalam beberapa perlawanan, Klopp hanya membuat dua pertukaran pemain sahaja, antaranya ketika berdepan Southampton, Manchester City dan Sheffield United.
Malah ketika menang ke atas Tottenham Hotspur 2-1 tempoh hari, beliau langsung tidak menggantikan pemainnya sepanjang 90 minit permainan. Jadi apa perlunya beliau mendesak untuk ubah kepada lima pertukaran?
Maka selama ini adakah Klopp benar-benar ikhlas memperjuangkan nasib pemain atau sekadar beretorik?
Kredit Foto: Liverpool FC
Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Jurgen Klopp dan Liverpool:
Jurgen Klopp Pelik Kenapa Man Utd Dapat Lebih Sepakan Penalti Berbanding Pasukannya
Ini Perkara Sebabkan Klopp Tidak Berikan Lilitan Kapten Kepada Salah