Kerana Sikap Buruk, Guendouzi Mungkin Tidak Lagi Diperlukan Di Arsenal

Matteo Guendouzi Arsenal

Pemain tengah Arsenal, Matteo Guendouzi telah memberi isyarat yang beliau bersedia untuk meneruskan perkembangan kariernya di kelab lain selepas tidak lagi menjadi pilihan utama pengurus, Mikel Arteta sejak kebelakangan ini.

Di awal musim ini beliau kerap diturunkan dalam kesebelasan utama semasa di bawah kendalian Unai Emery, tetapi mula ‘tenggelam timbul’ sejak Arteta mengambil alih pasukan.

Masa depannya di Emirates juga semakin pudar sejak tingkah laku buruknya di atas padang termasuk ketika kekalahan kepada Brighton & Hove Albion pada minggu lepas tidak menyenangkan banyak pihak termasuk pihak pengurusan kelab.

Guendouzi didakwa mengejek pemain Brighton mendapat gaji yang lebih kecil dan kemudian mencekak leher penjaring gol kemenangan, Neil Maupay pada hujung perlawanan.

https://twitter.com/Transferzone10/status/1276401228931493888?s=20

90min melaporkan selepas kejadian berkenaan, Arteta bersedia untuk melepaskan Guendouzi untuk keluar dari kelab itu pada musim panas ini kerana tidak gemar dengan kelakuan dan sikap negatifnya termasuk semasa menjalani latihan berpasukan.

Pemain muda Perancis itu juga tidak disenaraikan dalam skuad sewaktu perlawanan penting menentang Southamton di mana Arsenal meraih kemenangan 2-0 hasil jaringan dua pemain muda, namun Arteta pantas menafikan ianya berkaitan dengan insiden ketika berdepan Brighton.

“Tidak, apa sahaja isu kami akan selesaikannya secara dalaman. Saya ada cara untuk mengatasinya dengan cara sendiri. Saya tidak boleh menjelaskannya lebih lanjut,” ujar Arteta apabila ditanya mengenai ketiadaan pemain tersebut.

Arteta telah berusaha keras untuk menerapkan budaya baharu di Arsenal dalam beberapa bulan ini dan Geundouzi dikatakan antara pemain yang tidak memberikan kerjasama yang baik.

Malah laporan media Perancis, L’Equipe mendedahkan isu mengenai disiplin pemain berusia 21 tahun itu telah dibincangkan secara serius oleh pihak pengurusan kelab dalam satu mesyuarat pada minggu ini.

Mungkin ianya satu petanda jelas Guendouzi tidak lagi diperlukan pasukan, tambahan pula beliau hanya memulakan empat perlawanan dalam 13 perlawanan di bawah pengurus baharu itu yang dikatakan tidak lagi yakin dengannya.

Malah apa yang berlaku mungkin memberi kesan kepada peluangnya untuk disenarai dalam skuad kebangsaan Perancis untuk kejohanan EURO 2020 yang telah ditangguh ke tahun hadapan.

https://twitter.com/GurjitAFC/status/1276449152885547008?s=20

Dengan beberapa pasukan Eropah dikatakan berminat untuk mendapatkannya, termasuk Inter Milan, Juventus, Manchester United, Real Madrid dan Barcelona, mungkin adalah lebih baik beliau mengangkat kaki meninggalkan Emirates pada musim panas ini.

Bagaimanapun satu-satunya halangan adalah harganya memandangkan terdapat laporan mengatakan Arsenal tidak akan menjualnya dengan ‘harga borong’ melainkan ditawar dengan harga minimum £35 juta (RM186 juta).

Kredit Foto: Arsenal Report

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Arsenal:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN