Kerana Sevilla Tak Bayar Hutang, AS Nancy Disingkirkan Ke Divisyen 3

AS Nancy-Lorraine (ASNL) menjadi mangsa kerana terlalu baik dengan orang berhutang dengan mereka. Semalam L’est Republican melaporkan AS Nancy disingkirkan ke divisyen 3 kerana salah laku kewangan kerana berbelanja melebih had sepatutnya.

Salah satu daripada sebab kesalahan tersebut adalah kerana – kegagalan Sevilla membayar bonus – untuk pembelian Clement Lenglet pada 2017.

Sevilla dan AS Nancy telah bertelagah tentang isu tersebut dalam beberapa tahun ini.

Akibat daripada status kewangan yang tidak stabil, AS Nancy dikenakan pertuduhan di atas kesalahan berkaitan urus tadbir dan juga isu pengurusan sukan.

Pada Januari 2017, Sevilla dan Nancy memeterai perjanjian untuk Lenglet yang bernilai €5 juta. Ketika itu, segalanya serba menjadi buat AS Nancy. Mereka menjuarai Ligue 2 dan naik ke Ligue 1.

Mereka juga berjaya mara ke final Coupe De La Ligye menentang AS Monaco.

Lenglet merupakan aset penting Nancy Lorraine ketika itu. Pemergian beliau ke Sevilla sangat dirasai. Dan kesannya mereka tersingkir ke divisyen 2 pada akhir musim 2016/17.

Selepas aksi cemerlang dengan Sevilla, Lenglet kemudiannya dibeli Barcelona dnegan nilai €36  juta. Nancy ketika itu menanti sedikit pecahan daripada hasil penjualan Lenglet. Berdasarkan perjanjian, Nancy berhak mendapat sehingga 12%.

Dalam perjanjian Lenglet Nancy sepatutnya mendapat €3.7 juta.

https://twitter.com/FootyAccums/status/1139453190934585344.

Sebaliknya, apa yang berlaku, Sevilla sampai ke hari ini masih tidak menyerahkan bahagian itu kepada Nancy.

Nancy disingkirkan ke divisyen 3 kerana mereka telah menggunakan budget yang melebihi pendapatan. Nancy ketika itu berbelanja menggunakan budget berlebihan kerana yakin mereka tidak akan melanggar FFP – ini kerana mereka yakin Sevilla akan membayar wang tersebut.

Ibarat, terdengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan.

Lebih parah apabila Sevilla pula merasakan mereka tidak perlu membayar jumlah tersebut kepada AS Nancy – kerana menurut mereka – Clement Lenglet bukannya dijual, sebaliknya klausa pelepasan telah dibeli oleh pemain dan diaktifkan.

AS Nancy tidak dapat menerima alasan itu. Selain itu, AS Nancy sedar bahawa Sevilla pernah melakukan pelanggaran kontrak yang hampir serupa ke atas RC Lens.

Dan dilaporkan mereka sudah memanjangkan hal itu kepada FIFA. Mereka yakin FIFA akan membantu mereka dalam perkara ini.

Nasihat kami pula, janganlah berbelanja dengan mengharapkan wang yang masih belum ‘dalam tangan’ sebagai ‘budget.’

Leave a Reply