Sergio Ramos dikenakan tindakan oleh Uefa gara-gara tindakan beliau yang sengaja mendapatkan kad kuning dalam aksi menentang Ajax.
Dengan kelebihan 1 gol agregate serta 2 gol di tempat lawan, Ramos merasakan itu masa yang tepat untuk menjalani penggantungan.
Sergio Ramos melakukan faul pada minit ke-89, dan memberitahu wartawan bahawa ianya adalah faul teknikal untuk mendapatkan kad kuning. Beliau menganggap tindakannya sebagai untuk mengelakkan risiko daripada digantung di peringkat suku akhir dan seterusnya – selepas ini.
Beliau berkata: “Melihat pada keputusan, tipulah jika saya kata yang saya tidak sengaja [mahukan kad kuning].”
“Ini bukan kerana memandang rendah kepada lawan ataupun menganggap pertarungan ini sudah berakhir, namun dalam bola sepak kamu harus mengambil keputusan yang sukar.”
Ramos kemudiannya telah menarik balik komen itu dan menyatakan beliau tidak berniat untuk sengaja melakukan kekasaran kad kuning yang membolehkan beliau digantung pada perlawanan seterusnya.
Beliau memuat naik status di twitter menyatakan: “Saya merujuk kepada usaha untuk terpaksa melakukan kekasaran bukannya sengaja mencari kad kuning. Dalam keadaan itu, Ajax melakukan serangan balas yang sangat bahaya pada minit ke-88 dalam perlawanan yang terbuka.”
“Sebab itu saya katakan;’tipulah jika saya tidak tahu tindakan saya akan membawa kepada hukuman [kad kuning]’. Sebab saya tiada pilihan lain ketika itu selain daripada melakukan faul. Itulah juga sebabnya saya berkata dalam bola sepak, kamu harus membuat keputusan yang sukar.”
Quiero dejar claro que me duele más que a nadie, que no he forzado la tarjeta, como tampoco lo hice contra la Roma en mi anterior partido de @ChampionsLeague, y que apoyaré desde la grada como un hincha más con la ilusión de poder estar en cuartos.#HalaMadrid https://t.co/zL0Heok5Vp
— Sergio Ramos (@SergioRamos) February 13, 2019
Walaubagaimanapun Uefa menerusi Control, Ethics and Disciplinary Body kini mengenakan pertuduhan ke atas Sergio Ramos atas kesalahan, sengaja mendapatkan kad kuning. Kes ini akan didengar pada Khamis ini.
Minggu lalu, pemain tengah Valencia Geoffrey Kondogbia dikenakan penggantungan 2 perlawanan kerana sengaja mendapatkan kad kuning untuk digantung – dalam aksi menentang Celtic di UEL.
Kondogbia dengan sengaja melengahkan perlawanan pada minit ke-82 ketika situasi mahu mengambil sepakan percuma. Valencia menang 2-0 di Glasgow.