Kerana Sayang, Kuba Błaszczykowski Pulang Ke Wisla Krakow Untuk Membantu Kelab Tersebut

Jakub Błaszczykowski ataupun Kuba dilaporkan dalam proses untuk melengkapkan perpindahan ke kelab yang beliau sokong sejak kecil iaitu Wisla Krakow di Poland.

Błaszczykowski memulakan karier di akademi Raków Częstochowa. Selepas itu beliau berhijrah ke Górnik Zabrze dan kembali semula ke KS Częstochowa. Selepas aksi cemerlang beliau, Wisla Krakow menghubungi bapa saudara Błaszczykowski iaitu Jerzy Brzęczka.

Pada 2004, Błaszczykowski menyertai Wisla Krakow. Beliau tampil sebanyak 51 perlawanan dan menjaringkan 3 gol. Namun karier beliau berada di kemuncak apabila menyertai Borussia Dortmund pada 2007. Pada 2008, Kuba Błaszczykowski dipilih sebagai pemain terbaik Poland.

Sepanjang di Dortmund beliau membantu kelab itu menjuarai Bundesliga 2 kali berturut-turut pada 2010/11 dan 2011/12. Błaszczykowski kerapkali diganggu oleh kecederaan.

Beliau turut membantu Dortmund menang DFB-Pokal pada 2011/12 dengan 2 assist dalam final – di mana Borussia Dortmund menang 5-2 ke atas Bayern Munich.

Selepas 9 musim di Dortmund beliau menyertai Fiorentina secara pinjaman pada 2016 dan kemudian melengkapkan perpindahan tetap ke Wolfsburg. Beliau sentiasa dikenang sebagai legenda oleh The Yellow Wall.

Kini Kuba Błaszczykowski dalam proses untuk menyelesaikan perpindahan beliau ke kelab yang beliau cintai sejak kecil iaitu Wisla Krakow.

Wisla Krakow kini dalam masalah kewangan dan diancam oleh isu muflis. Kuba berharap akan dapat membantu kelab itu. Jadi beliau akan bermain bersama Wisla Krakow pada musim ini tanpa mengambil sebarang bayaran.

Kuba kemudian akan cuba membantu kelab itu dari segi kewangan. Berita itu dikongsikan oleh twitter rasmi Borussia Dortmund.

Ramai terharu dengan berita tersebut dan memberikan penghormatan kepada Kuba Błaszczykowski. Ini kerana dalam dunia bola sepak moden yang segalanya berkaitan duit, masih ada pemain meetakkan nilai bola sepak mengatasi segalanya.

Satu kisah yang menarik, dan semoga Kuba Błaszczykowski berjaya dalam membantu kelab yang beliau sayangi itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN