Kerana Salah, Penyokong Liverpool Sedia Memeluk Agama Islam

Sekumpulan penyokong kelab Liverpool mula bersorak sebagai tanda penghormatan kepada pemain sayap kelab itu, Mohamed Salah selepas pemain Mesir itu mempamerkan persembahan cemerlang ketika menentang FC Porto dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Dalam video sorakan yang menjadi viral di media sosial, mereka menyanyikan lagu dengan mengubah lirik lagu popular era 90-an, ‘Good Enough’ oleh Dodgy di tengah jalan raya di bandaraya Portugal itu,

“Mo Sa-la-la-la-lah, Mo Sa-la-la-la-lah, jika dia bagus untuk anda, dia juga bagus untuk saya, jika dia menjaringkan gol lagi, saya akan jadi seorang muslim juga,” petikan daripada salah satu lirik lagu itu.

Lirik lagu tersebut kemudiannya bersambung, ” Dia selalu ke masjid, itu adalah tempat di  mana saya mahu pergi.”

Salah yang juga pemain skuad kebangsaan Mesir kini menjadi pujaan dalam kalangan penyokong Liverpool di Anfield.

Beliau menjadi pemain kedua terpantas Liverpool apabila menjaringkan 30 gol semusim dalam hanya 36 penampilan bersama kelab Merseyside itu.

Tahun lepas, beliau dinamakan sebagai pemain terbaik Afrika oleh BBC menewaskan calon terdekat dan juga rakan sepasukan, Sadio Mane.

Beliau berpindah ke Liverpool dengan yuran perpindahaan £34.3 juta (RM187.4 juta) dan menjaringkan 20 goal Liga Perdana Inggeris dalam 25 perlawanan, dua perlawanan lebih cepat berbanding Fernando Torres dan Daniel Sturridge.

Skuad bimbingan Jurgens Klopp pada Khamis lalu meraih kemenangan besar 5-0 ke atas kelab Portugal, Porto pada aksi pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara di Lisbon.

Pengarah Eksekutif Bola Sepak Menolak Perkauman di Eropah (FARE), Piara Powar berkata kepada Washington Post ia adalah perkara baharu yang disaksikannya.

“Ini adalah kali pertama saya melihat penghargaan yang positif, jelas, bersemangat dan membabitkan agama,” katanya.

Mohammed Salah merupakan seorang Muslim yang taat dan sering meraikan jaringannya dengan melutut di padang dan bersyukur.

‘Mo Salah akan menghentikan fenomena Islamophobia’

Tinjauan di media sosial mendapati beberapa penyokong memberikan pelbagai reaksi berbeza terhadap sorakan yang dilakukan oleh penyokong Liverpool tersebut khususnya berkaitan dengan Islamophobia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN