Perebutan dua kelab London, Arsenal dan Chelsea dalam pasaran pemain di jendela perpindahan Januari ini semakin hangat.
Selepas perebutan pemain Mykhailo Mudryk dari Shakthar Donestk dimenangi oleh Chelsea walaupun pemain itu bukan main menyatakan cintanya terhadap The Gunners, Arsenal pastinya tidak mahu tewas dalam usaha memperoleh Moises Caicedo.
Selain itu, Arsenal juga sebelum ini telah berjaya mendapatkan Leandro Trossard yang begitu cemerlang untuk Seagulls musim ini.
Caicedo yang bermain untuk Brighton & Hove Albion kini menjadi sasaran Arsenal dan Chelsea dalam usaha menguatkan lagi skuad mereka.
Kedua-dua kelab telah menawarkan bidaan mereka untuk membawa Caicedo ke London dengan kesemua tawaran ditolak Brighton.
Sebelum ini, Chelsea menawarkan £55 juta tetapi ditolak. Begitu juga dengan Arsenal yang menawarkan £60 juta tetapi turut tidak diterima oleh Brighton.
Dan kini menurut Fabrizio Romano, Arsenal dijangka akan menaikkan bidaan mereka sambil memberikan beberapa bonus yang boleh menambat hati kelab tersebut.
Ponteng latihan
Oleh kerana kemelut perebutan dua kelab terhadap pemain ini, Romano turut mendedahkan yang Caicedo kini sudah tidak munculkan diri dalam sesi latihan Brighton.
Kata Romano, Caicedo kini sudah mula tidak hadirkan diri dalam sesi latihan dengan pemain itu sudah semestinya mahu meninggalkan kelab tersebut secepat mungkin sebelum jendela perpindahan ditutup.
EXCL: Moises Caicedo didn’t turn up for training today — he wants leave immediately. Caicedo could also miss tomorrow’s game. ⚠️ #BHAFC
🚨 Understand Arsenal are expected to improve their bid, after £60m revealed yesterday. #AFC
🔵 Chelsea offered £55m — rejected too. #CFC pic.twitter.com/Xzt2f43ACI
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 28, 2023
“Moises Caicedo tidak turun berlatih untuk latihan hari ini – beliau mahu meninggalkan kelab dengan segara,” kata Romano.
Caicedo juga dikatakan bakal terlepas aksi FA Cup menentang Liverpool dengan potensi untuk tidak terlibat langsung dengan skuad untuk perlawanan terbabit.
Kemelut perebutan dua kelab antara Arsenal dan Chelsea telah membuatkan kerugian buat Brighton yang bakal kehilangan pemain penting mereka.
Ke mana arahnya Caicedo? Adakah menyertai dentuman meriam Gunners atau bersama sang biru Chelsea?