Laporan terbaru dari media UK telah melaporkan yang Manchester United kini telah mengambil langkah pertama dalam usaha mereka untuk menyingkirkan Cristiano Ronaldo dari kelab.
Pemain berusia 37 tahun itu telah mencetuskan sensasi di internet selepas beliau mengeluarkan pelbagai kenyataan kontroversi dalam temu bualnya bersama Piers Morgan.
Menurut sumber laporan Chris Wheeler dari Daily Mail, Manchester United kini secara rasminya telah memulakan langkah pertama mereka untuk memecat Cristiano Ronaldo atas kesalahan melanggar kontrak.
#mufc have taken the first legal steps towards sacking Cristiano Ronaldo, by effectively ending his contract without paying any of the £16 million he would get if he stayed until June. [@ChrisWheelerDM]
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) November 18, 2022
Selain dari kontraknya akan ditamatkan, Ronaldo yang kini menerima gaji bernilai £500,000 seminggu itu turut akan kehilangan bonus bernilai £16 juta (RM87 juta) dari Man United.
Ronaldo dijanjikan bonus bernilai £16 juta seandainya beliau kekal bersama kelab hingga musim panas akan datang, namun memandangkan beliau tidak akan bersama kelab lagi, maka bintang Portugal itu bakal terlepas bonus tersebut.
Manchester United jelas sekali tidak gembira dengan sikap Cristiano Ronaldo itu dan kerana itulah mereka memutuskan untuk menghukum legenda kelab itu.
“Manchester United pada pagi ini telah mengambil langkah yang sepatutnya dalam mengendalikan isu berkait temu bual terbaru Cristiano Ronaldo.”
BREAKING: Manchester United have begun the process of sacking Cristiano Ronaldo following his bombshell interview in which he slammed the club | @DiscoMirrorhttps://t.co/2rvnfASk9u
— Mirror Football (@MirrorFootball) November 18, 2022
Tulis kenyataan dari Manchester United.
“Kami tidak akan membuat sebarang komen lebih lanjut sehingga proses yang kami jalankan dapat penyelesaian.”
Tindakan Cristiano Ronaldo itu bukan hanya mengecewakan pimpinan kelab, namun para pemain dan penyokong juga turut terkilan dengan tindakan beliau.
Penyokong tegas beliau sendiri tidak bersetuju dengan apa yang beliau lakukan dan para penyokong sangat marah ketika beliau bercakap tentang Erik ten Hag.
#MUFC have taken the first legal steps towards getting rid of Cristiano Ronaldo and are exploring all options. Don't want him back but keen for as quick and clean a solution as possible https://t.co/txmvbmUlbU
— James Ducker (@TelegraphDucker) November 18, 2022
Ronaldo secara terbuka menyatakan yang beliau tidak akan menghormati Ten Hag kerana pengurus dari Belanda itu sendiri tidak mahu menghormatinya.
Selain Ten Hag, Ronaldo turut menghentam bekas pengurus interim kelab, Ralf Rangnik dan dua bekas rakan sepasukannya Wayne Rooney dan Gary Neville.
Cristiano Ronaldo kini sedang bersama skuad kebangsaan Portugal untuk aksi dalam saingan Piala Dunia di Qatar.
Ronaldo juga turut menyatakan yang beliau bakal bersara terus dari dunia bola sepak seandainya skuad Portugal mampu menjuarai pentas Piala Dunia tahun ini.