Antoine Griezmann terkejut dan kecewa dengan komen Thibaut Courtois ke atas Perancis beberapa bulan lalu.
Courtois menyifatkan Perancis sebagai pasukan yang anti bola sepak. Ianya selepas Perancis menggunakan pendekatan lebih defensif ketika menentang Belgium.
Courtois menyatakan beliau lebih rela kalah di tangan pasukan seperti Brazil yang bermain menyerang berbanding pasukan defensif Perancis.
Griezmann menuduh Courtois sebagai hipokrit ketika mengeluarkan kenyataan itu.
Ini kerana pemain itu pernah memuji taktikal Diego simeone ketika mereka menjuarai La Liga 2013/14.
Taktikal yang El Cholo terapkan ketika itu adalah taktikal yang defensif juga.
“Saya malu mendengar Courtois menyatakan begitu kerana dia pernah bermain untuk Cholo. Di sendiri tahu, dia menang La Liga dengan cara sebegitu.”
Griezman memberitahu yang banyak pasukan kini menerapkan gaya yang lebih defensif terutama sekali ketika Piala Dunia lalu.
“Ada 2 cara berbeza dalam permainan bola sepak. Sebelum ini masa untuk gaya Guardiola, 4-3-3 yang ofensif.”
“Sekarang adalah masa untuk 4-4-2 yang defensif.”
Griezmann enggan melabel Courtois sebagai menjengkelkan tetapi akan sentiasa berpandangan yang sama tentang kenyataan itu.
Beliau juga memberitahu setiap pemain bola sepak harus bermain dengan apa jua gaya bola sepak yang diminati jurulatih berdasarkan kesesuaian permainan.