Gol Sendiri Pemain Futsal Lengkapkan Derita Denmark

Denmark terpaksa beraksi bersama pemain dengan pelbagai status dalam perlawanan persahabatan menentang Slovakia, yang menyaksikan mereka tewas 3-0 pada awal pagi tadi.

Ada di antara pemain yang diturunkan tersebut berstatus amatur, dengan pekerjaan sebagai jurujual, pelajar, bintang internet dan juga pemain futsal seperti yang kami laporkan semalam.

Ini berikutan kemelut mengenai hak imej dan komersil membabitkan pemain utama dan Persatuan Bola Sepak Denmark (DBU).

Christian Offenberg yang mengetuai jentera serangan Denmark ialah seorang jurujual sambilan yang beraksi bersama kelab Avarta di aras ketiga piramid bola sepak negara berkenaan.

Bek kanan, Simon Vollesen yang beraksi di aras kelima piramid juga ialah seorang pelajar.

Manakala pemain tengah, Rasmun Johanssin yang beraksi di aras ketiga piramid bola sepak Denmark ialah seorang freestyler dan merupakan sensasi di internet dengan puluhan ribu pengikut di You Tube dan Instagram.

Sebagai perbandingan, Slovakia membariskan pemain seperti bekas pemain pertahanan kental Liverpool, Martin Skrtel dan juga perancang tengah Napoli, Marek Hamsik.

Dua gol pada babak pertama melalui Adam Nemec dan Albert Rusnak memberikan pendahuluan selesa kepada tuan rumah.

Ianya diikuti oleh gol sendiri Adam Fogt pada minit ke-79, melengkapkan kemenangan 3-0 Slovakia.

Fogt ialah seorang pemain futsal, dan juga merupakan seorang pelajar di dalam bidang sains politik.

Jika ada perkara positif yang boleh diambil oleh Denmark melalui perlawanan ini ialah aksi penjaga gol, Cristoffer Haagh yang menyelamatkan tujuh daripada sepuluh percubaan keseluruhan sepanjang perlawanan.

Haagh juga merupakan pemain profesional futsal di Denmark.

Perlawanan seterusnya bagi Denmark ialah dalam perlawanan Nations League pada Ahad akan datang menentang Wales di Aarhus.

Sehingga kemelut di antara DFB dan barisan pemain utama diselesaikan, barisan pemain yang sama dijangka akan mengambil cabaran berhadapan dengan Gareth Bale dan Aaron Ramsey dalam perlawanan tersebut.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN