Kedegilan pengurus Manchester United, Erik ten Hag yang tidak mahu melepaskan dua pemainnya ke saingan Piala Dunia B-20 kini semakin mendapat perhatian.
Sebelum ini, pemain remaja sensasi United iaitu Alejandro Garnacho dilihat tidak akan dilepaskan oleh United bagi mewakili Argentina ke kejohanan tersebut dek kerana kemahuan pengurus tersebut mahu mengekalkan bintang muda tersebut.
Garnacho sebelum ini secara jelas menyatakan kemahuannya untuk bermain di Piala Dunia B-20 yang diadakan di negarannya sendiri.
Namun begitu, Ten Hag berasakan yang pemain itu perlu kekal di kelab dengan United kini dalam fasa akhir untuk mengesahkan tempat di UEFA Champions League serta misi mengejar FA Cup.
Kedegilan Ten Hag ini telah membuatkan pengendali skuad B-20 Argentina, Javier Mascherano terpaksa campur tangan dalam hal ini untuk mendapatkan Garnacho.
Selain Garnacho, seorang lain pemain United yang mungkin tidak akan dilepaskan oleh Ten Hag dek kerana kedegilannya adalah Zidane Iqbal.
Iqbal yang dipanggil untuk mewakili Iraq juga dilihat masih lagi tidak mendapat kebenaran daripada Ten Hag dan United untuk beraksi di kejohanan tersebut.
الاتحاد العراقي لكرة القدم لا زال بانتظار رد نادي مانشستر يونايتد الإنجليزي للسماح للاعب زيدان إقبال بالتواجد مع منتخب الشباب في نهائيات كأس العالم في الأرجنتين الشهر المقبل.
المدرب تن هاغ رفض تواجد اللاعب في المونديال ، رغم رغبة اللاعب بالمشاركة في البطولة. pic.twitter.com/M3sMVj7WjG
— علي نوري (@Ali_nori2000) April 27, 2023
FA Iraq telah pun cuba untuk mendapatkan jawapan daripada United berkenaan perkara ini namun mereka masih lagi membisu dan tidak memberikan respon.
Seperti Garnacho, Iqbal juga mahu mewakili negaranya di kejohanan tersebut akan tetapi Ten Hag lebih memilih untuk tidak melepaskan kedua-dua pemain ini hingga tamat musim.
Hanya masa sahaja akan tentukan kedudukan dua pemain ini sama ada akan ke Piala Dunia B-20 atau tidak.
Argentina diundi dalam kumpulan A bersama-sama New Zealand, Guatemala dan Uzbekistan.
Sementara Iraq diletakkan dalam kumpulan E bersama-sama England, Tunisia dan Uruguay.