Kerana Jasa, Pemergian Paulo Bento Ditangisi Pemain Korea Selatan

Paulo Bento

Pemergian jurulatih Korea Selatan, Paulo Bento selepas tamatnya saingan Qatar 2022 disambut dengan nada sedih oleh para pemain negara itu.

Bento mengakhiri tempohnya sebagai jurulatih Korea Selatan selepas pasukannya tersingkir ditangan Brazil. Ia menamatkan tempoh jurulatih yang mengemudi gergasi Asia tersebut selama empat tahun.

Bagi ketua pasukan, Son Heung-min, pemergian Bento memberikan kesan yang mendalam kepada dirinya selepas apa yang dilakukan oleh jurulatih itu.

“Saya amat sedih melihat beliau pergi, saya doakan beliau berjaya di masa akan datang.

“Saya tidak pernah meragui dengan corak bola sepak yang diterapkan beliau. Sebelum ini, ramai yang tidak yakin dengan beliau, tetapi apabila kami menonjolkan permainan baik di Piala Dunia, kami menerima pujian ramai.

“Kami berjaya menunjukkan hasil kerja selama yang kami usahakan selamat empat tahun ini,” ujar Son menerusi Korea Times.

Bagi seorang lagi pemain, Hwang In-beom mengatakan Bento adalah individu yang memberikan beliau peluang untuk menyarung jersi merah kebanggaan Korea Selatan.

“Saya sangat bersyukur, saya menjadi diri saya hari ini adalah kerana beliau.

“Saya tahu ramai yang mempersoal tindakan beliau kerana menurunkan saya, malah saya dituduh ada hubungan baik dengan jurulatih.

“Tapi sebenarnya jurulatih percaya kepada saya. Semua berterima kasih kepadanya, kerana beliau saya mampu untuk bercita-cita dengan lebih besar,” kata Hwang.

Bento mengakui yang sebelum ini pernah ditawarkan lanjutan kontrak oleh Korea Selatan sebelum Piala Dunia namun memilih untuk tidak menerimanya.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN