Faktor Safawi Rasid Dianggap Bakal Berdepan Cabaran Besar di Thailand

Beberapa hari lalu, laman rasmi Johor Southern Tigers (JST) telah pun mengumumkan dua pemain mereka iaitu Safawi Rasid dan Moussa Sidibe akan dipinjamkan ke Thailand untuk mewakili Ratchaburi FC musim depan.

Situasi itu menyaksikan Safawi mampu untuk mengubah kembali perjalanan kariernya yang dilihat agak tidak konsisten musim ini untuk kembali bangkit di sana, sekali gus menaikkan kembali nama beliau.

Salah seorang pemerhati bola sepak tempatan iaitu Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim menyatakan perkara itu dilihat sebagai langkah tepat buat masa depan Safawi dalam dunia bola sepak profesional.

Pendapat beliau, Safawi jelas memerlukan cabaran baharu menerusi persekitaran lebih berbeza agar prestasi unggulnya yang lalu dapat dikembalikan.

Walaupun begitu, beliau juga menegaskan segalanya tidak akan menjadi mudah buat Safawi untuk mendapatkan kembali prestasi lalunya, kerana pemain tersebut akan menghadapi cabaran seperti merebut minit permainan secara konsisten.

“Langkah yang tepat selepas melihat prestasinya yang kurang memberangsangkan. Mungkin ini caranya untuk dia mendapatkan kembali prestasi terbaik kerana kita tahu standard Liga Thailand memang lebih berkualiti berbanding kita.

“Tetapi dengan syarat dia ke sana (Thailand) dan dapat menjadi pemain utama. Apa yang kita bimbangkan adalah kalau di ke sana dengan niat untuk mendapat pendedahan baharu tetapi tidak mendapat minit permainan.

“Ini akan menyebabkan prestasinya terus statik. Jadi semuanya bergantung kepada mentaliti Safawi untuk terus cuba merebut tempat. Kalau sekadar ke sana untuk mendapat gaji semata- mata, itu tidak akan dapat meningkatkan prestasinya,” katanya menerusi Berita Harian.

Pada masa sama, beliau percaya hasil pengalaman yang dilalui oleh Safawi sebelum ini di Eropah tidak akan membuatkan pemain tersebut menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan cepat.

“Saya lihat tiada masalah kerana tidak banyak beza antara Malaysia dengan Thailand tidak seperti kalau kita berkelana ke Eropah. Dengan pengalaman walaupun singkat di Eropah sebelum ini, saya rasa Safawi sudah matang untuk mengendalikan perkara seperti ini,” tambahnya.

Musim ini menyaksikan Safawi telah pun meledak dua gol bersama tiga bantuan jaringan daripada 13 penampilan dalam saingan Liga Super.

Pemain kelahiran Terengganu ini juga mencatat satu bantuan gol sepanjang enam aksi beliau dalam saingan ACL musim ini selain menjadi tonggak penting yang membantu Malaysia layak ke Piala Asia 2023.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN