‘Kerana Enggan Jabat Tangan Jurulatih’ – Pemain Kelab Jepun Ini Dianggap Langgar Etika Dan Digantung 6 Perlawanan

Laporan daripada media Jepun baru-baru ini mendedahkan kelab J-League, Cerezo Osaka telah bertindak menggantung pemain tengah, Takashi Inui daripada pasukan.

Tindakan tegas tersebut diambil oleh pihak kelab kerana berpendapat Inui menunjukkan sikap yang tidak sepatutnya dalam perlawanan menentang Kashiwa Reysol yang berkesudahan dengan kekalahan 0-1 pada 5 April lalu.

Dalam perlawanan tersebut, Ketua Jurulatih Cerezo Osaka, Akio Kogiku, mengambil keputusan untuk mengeluarkan pemain itu pada pertengahan babak kedua perlawanan.

Inui kemudiannya memperlihatkan perasaan kurang senang, dan turut menolak daripada berjabat tangan dengan jurulatihnya ketika melangkah keluar dari padang.

Tindakan tidak beretika

Tindakan Takashi Inui itu dianggap sebagai tidak beretika oleh Cerezo Osaka. Untuk itu, pihak kelab telah mengambil tindakan dalaman dengan menggantung pemain itu sebanyak enam perlawanan.

“Kami ingin menyatakan tindakan berikut telah diambil terhadap Takashi Inui berikutan insiden yang berlaku menentang Kashiwa,” kata kenyataan di laman sesawang rasmi Cerezo Osaka.

“Pihak kelab menganggap tindakan ini serius dan tindakan ini adalah sebagai peringatan kepada semua pemain lain agar perkara ini tidak akan berulang pada masa hadapan.”

Berikutan keputusan tersebut, ini bermakna bekas pemain Eintracht Frankfurt dan Real Betis itu  akan terlepas lima perlawanan J-League menentang Avispa Fukuoka, Kashima Antlers, Sagan Tosu, Jubilo Iwata, dan Nagoya Grampus, dari 17 April-14 Mei.

Pemain berusia 33 tahun yang memiliki 33 kaps antarabangsa itu juga akan terlepas aksi menentang Gama Osaka dalam pertandingan Piala Liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN