Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) semalam telah mengumumkan penggantungan Presiden Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA), Jibril Rajoub kerana mengadakan bantahan ke atas bintang Barcelona, Lionel Messi berikutan rancangan Argentina mengadakan perlawanan persahabatan dengan Israel di Baitulmaqdis bulan lalu.
Menurut satu kenyataan dari FIFA, Jibril Rajoub digantung kerana melanggar kod disiplin organisasi bola sepak dunia itu iaitu “mencetus kebencian dan keganasan” selepas dia mengeluarkan kenyataan media untuk menyeru peminat bola sepak mengecam Persatuan Bola Sepak Argentina dengan membakar jersi dan gambar Messi.
https://twitter.com/FootTheBall/status/1033244043210379265
Membalas kenyataan FIFA, Rajoub menegaskan keputusan penggantungan itu tidak adil dan dia akan membuat rayuan rasmi.
Rajoub hanya menuntut Lionel Messi untuk tidak mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan pra-Piala Dunia menentang Israel 9 Jun lalu dan menyeru peminat membakar jersi yang tertera nama pemain itu jika dia menyertainya.
#FlashbackFriday: THIS is why PA Football head Jibril Rajoub has NO place in sports. Inciting violence against Messi, and supporting violence. Today, FIFA suspended Rajoub for a year. #israel #palestine pic.twitter.com/5rfGoM0cPA
— StandWithUs (@StandWithUs) August 24, 2018
Dalam sidang akhbar pada 3 Jun Rajoub berkata: “Messi mempunyai jutaan peminat di negara Arab dan Muslim. kami minta setiap orang membakar jersi yang mempunyai namanya dan gambarnya.”
Penggantungan selama setahun itu menyaksikan Rajoub masih kekal sebagai presiden tetapi peranannya terhad.
Dia dilarang menghadiri perlawanan atau pertandingan bola sepak di atas kapasiti jawatannya, termasuk mengambil bahagian dalam aktiviti media di stadium atau sekitarnya pada hari perlawanan.
@FIFAcom has suspended Palestine Football Association President Jibril Rajoub for a year & fined him CHF 20,000 for having "incited hatred & violence," when he called on football fans to target the Argentinian Football Association & burn jerseys & pictures of Lionel Messi." pic.twitter.com/R849ZwEECv
— Noga Tarnopolsky נגה טרנופולסקי نوغا ترنوبولسكي💙 (@NTarnopolsky) August 24, 2018
“Keputusan ini tidak wajar dan tidak adil,” kata Rajoub.
“Kami akan membuat rayuan kepada mahkamah rayuan FIFA dan melihat semua aspek undang-undang FIFA.”