Kerana Boikot Israel, FIFA Mungkin Sekat Indonesia Sertai Kelayakan Piala Dunia 2026

Piala Dunia B-20

Selepas hak tuan rumah Piala Dunia B-20 yang sebelum ini milik Indonesia telah ditarik balik oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), negara itu bakal menerima hukuman yang lebih berat selepas ini.

Terkini, FIFA telah menarik balik hak tuan rumah Piala Dunia B-20 daripada Indonesia susulan tindakan mereka yang tidak menerima kehadiran Israel yang merupakan sebahagian daripada 24 pasukan bertanding.

Gabenor Bali sebelum ini pernah mengeluarkan surat yang mereka wilayah tersebut tidak akan menerima kehadiran skuad Israel dalam kejohanan tersebut.

Keputusan itu telah menjadi tular dengan berlaku juga tunjuk perasaan di jalanan yang dilakukan oleh warga Indonesia kerana tidak mahu mengalu-alukan kehadiran skuad Israel.

Skuad Piala Dunia B-20 Israel Diharamkan Jejak Kaki Ke Bali

Bakal terlepas peluang ke Piala Dunia

Selain daripada isu melibatkan Israel, FIFA juga dikatakan akan mengambil tindakan dengan mengambil kira insiden melibatkan penyokong di Kanjaruhan pada tahun lalu.

Bimbang dengan keselamatan penyokong serta protes yang ditonjolkan terhadap Israel menjadikan FIFA mempunyai lebih banyak sebab untuk menghukum Indonesia.

Antaranya dengan FIFA dijangka akan mengharamkan penyertaan Indonesia dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2026.

Kelayakan yang bakal bermula pada Oktober ini bakal menyaksikan ketiadaan penyertaan oleh Indonesia hasil apa yang berlaku.

Dengan ini, ia akan mematikan peluang untuk Indonesia cuba melayakkan diri ke saingan Piala Dunia yang bakal diadakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Perkara yang berlaku juga secara tidak langsung telah membuatkan reputasi Indonesia bakal semakin tercemar apabila peluang untuk membida menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 serta Sukan Olimpik 2036 akan terganggu.

Mungkin ada benarnya reputasi Indonesia berubah, namun begitu mereka tetap dianggap hebat oleh kita kerana teguh menentang Israel.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN