Kerajaan Negeri Cabar Terengganu Raih Posisi Ketiga Saingan Liga Super

Salah satu pasukan elit Liga Super iaitu Terengganu telah pun diberi cabaran baharu yang dianggap sangat menarik, dengan mereka untuk cuba menamatkan persaingan musim ini di tempat ketiga.

Cabaran itu dikeluarkan sendiri menerusi kerajaan negeri berkenaan menerusi Hishamuddin Abdul Karim yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Negeri.

Hishamuddin juga menyatakan ketika ini para pengurusan serta barisan kejurulatihan kelab perlu memberi segalanya yang terbaik bagi memastikan cabaran tersebut mampu dipenuhi.

Jelas beliau, ukuran sebenar buat Terengganu sebenarnya untuk meraih kedudukan terbaik dalam saingan liga dan kejuaraan domestik lain hanya dianggap sebagai bonus sahaja jika mereka mampu menggapainya.

“Ukuran sebenar dalam sukan bola sepak ini adalah pencapaian kita dalam saingan Liga Super manakala Piala Malaysia dan Piala FA adalah bonus buat pasukan.

“Jadi jika ranking kita jatuh, pihak pengurusan dan kejurulatihan perlu segera mencari jalan terbaik untuk memperbaiki prestasi pasukan kerana kita tidak mahu berada dalam kelompok tiga pasukan ke bawah, sebaliknya kita mahu pasukan terus meningkat.

“Bagaimanapun saya percaya pihak pengurusan TFC serius untuk memperbaiki prestasi pasukan yang kini dilihat berada pada tahap sederhana dalam liga,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Musim ini menyaksikan Terengganu bermula dengan sedikit perlahan dalam saingan Liga Super selepas beberapa keputusan direkodkan tidak begitu konsisten.

Menerusi rombakan baharu dibuat pasukan tersebut dengan turut menandatangani khidmat Tomislav Steinbruckner sejak awal musim, isu persefahaman daripada segi taktikal menghantui Terengganu.

Malah kehilangan beberapa pemain utama musim lalu juga merencatkan sedikit momentum pasukan itu selain kehadiran import baharu tidak begitu memberansangkan.

Pasukan tersebut juga turut tidak terlepas daripada menerima pelbagai kritikan keras daripada para penyokong ekoran beberapa aksi ditampilkan skuad kendalian Steinbruckner itu kurang menyakinkan.

Tambahan lagi, Terengganu juga menjadi salah satu pasukan yang akan mewakili Malaysia untuk saingan Piala AFC nanti selain Sabah, pastinya peningkatan daripada segi corak permainan serta kualiti pemain perlu dipertingkatkan.

Untuk kedudukan semasa saingan Liga Super ketika ini, Terengganu berada di tangga keenam dengan mengumpul 32 mata keseluruhan daripada 20 perlawanan dilalui mereka.

Cabaran itu masih dianggap realistik untuk dicapai kerana persaingan masih lagi terbuka dan Terengganu perlu mengelak untuk keciciran sebarang mata.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN