Keputusan Rayuan 10 Pasukan Yang Didenda Akan Diketahui Sebelum Ahad Ini

Bulan lepas, badan pengelola Liga Malaysia Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) mengumumkan empat pasukan Liga Super dan enam dari Liga Perdana gagal melengkapkan dokumen pendaftaran pasukan selepas tarikh akhir iaitu pada 3 Februari lalu.

Dua pasukan Liga Super iaitu Kelantan dan Kuala Lumpur menghantar dokumen yang tidak lengkap manakala Selangor dan PKNS FC menghantar dokumen melepasi tarikh akhir yang diberikan.

Bagi Liga Perdana pula, empat pasukan tidak melengkapkan dokumen pendaftaran iaitu Sarawak, Pulau Pinang, Kuantan FA dan PDRM FA, manakala dua pasukan menghantar dokumen melepasi tarikh akhir ditetapkan iaitu MIFA dan UKM FC.

Jumlah Denda yang dikenakan oleh FMLLP.

Atas kesalahan itu, pasukan Liga Super dikenakan denda RM1.5 juta manakala pasukan Liga Perdana RM500,000 serta hukuman pemotongan tiga hingga enam mata yang ditangguhkan sehingga 31 Disember depan.

Akhbar tempatan, Berita Harian  melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam mengesahkan 10 pasukan yang dikenakan denda itu sudah menghantar surat rayuan sebelum tarikh tutup hari ini.

Kevin turut mendedahkan keputusan rayuan itu dijangka diketahui sebelum Kongres Tahunan FMLLP, pada hari Ahad ini.

“Kita sudah menerima surat rayuan kesemua pasukan terbabit dan kita akan membawa rayuan itu kepada ahli lembaga pengarah FMLLP untuk membuat keputusan.

“Kita cuba untuk mendapatkan keputusan rayuan dalam tempoh dua, tiga hari ini sebelum Kongres FMLLP atau jika tidak sempat, mungkin selepas itu,” katanya.

Sumber: Laman Facebook Rasmi FMLLP

Bagaimanapun, apa yang mengecewakan Kevin apabila ada pasukan seperti tidak serius dalam membuat rayuan.

“Ada pasukan yang hanya memohon rayuan dengan penjelasan ringkas sekeping surat saja tapi ada pasukan yang membuat rayuan dengan dokumen sokongan yang lengkap. Apapun, kita tunggu keputusan yang dibuat oleh ahli lembaga nanti,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN