Shopee Piala FA 2018: Skuad Tok Gajah Tak Gentar Jumpa JDT

Kejutan berlaku pada Majlis Undian Rasmi Shopee Piala FA Malaysia 2018 di Hard Rock Cafe semalam apabila juara liga super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) diundi bertemu naib juara Piala FA 2017, Pahang di peringkat suku akhir.

Pertembungan di antara gergasi dari Selatan dan skuad Tok Gajah itu mencuri tumpuan kerana kedua-dua pasukan tersebut ketika ini berada di kemuncak prestasi dalam saingan Liga Super musim ini.

Mengulas mengenai pertemuan itu, pengendali pasukan Pahang, Dollah Salleh menyifatkan perlawanan menentang JDT ibarat perlawanan akhir dan beliau mengakui Pahang berdepan laluan yang sukar untuk mara ke separuh akhir.

“Kita main sahaja, tak kisah jumpa sesiapa pun. Selepas Kedah, JDT adalah pasukan pilihan. Bagi saya, aksi suku akhir Piala FA menentang JDT ini umpama perlawanan akhir.

“Jadi, perlawanan ini cukup sukar tetapi anak-anak buah saya harus bermain seperti biasa. Kami harus mengambil kesempatan ini ketika bermain pada aksi pertama di laman sendiri.

“Bila dengar sahaja nama JDT, kita terus takut dan saya berharap pemain-pemain jangan takut. Bagi saya sama sahaja. Kalau kita tengok pasukan lain pun sekarang ini, Kuala Lumpur boleh kalahkan JDT (Liga Super) dan UiTM FC juga hampir berjaya mengalahkan mereka (Piala FA).

“Jadi, kita kena bermain dengan lebih yakin dan bermain seperti biasa. Itulah yang saya harapkan nanti pada aksi pertama suku akhir Piala FA,” katanya kepada kosmo. 

Dollah meraikan jaringan Patrick Cruz ketika menentang Negeri Sembilan. FOTO: Media PBNP

Sementara itu, pengurus pasukan Pahang, Datuk Sufian Awang, percaya dengan kemampuan para pemainnya selepas menyingkirkan juara bertahan, Kedah.

“Saya yakin dan percaya, kedua-dua pasukan ada strategi masing-masing untuk menghadapi perlawanan ini. Pun begitu, kita menghormati pasukan JDT yang semestinya akan memberikan saingan sengit kerana ini dianggap aksi balas dendam.

“Tapi kita juga ada taktikal dan strategi yang bakal diolah oleh jurulatih Dollah Salleh. Saya percaya perlawanan ini akan menjadi seperti perlawanan ‘El Classico’ di mana ia bakal menjadi perhatian seluruh peminat-peminat seluruh Malaysia,” katanya kepada Berita Harian.

Pahang atau JDT bakal berdepan sama ada FELDA United dan PKNP FC yang menunggu di peringkat Separuh Akhir. Perlawanan pertama suku akhir dijangka akan bermula pada 6,7 atau 8 April ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN