Keputusan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL Saksikan Perubahan Berkenaan Nombor Jersi, Levi

MFL

Malaysian Football League (MFL) telah membenarkan penggunaan nombor jersi pemain bermula No. 1 sehingga 99 untuk pasukan Liga Super dan Liga Premier musim 2020.

Keputusan itu dicapai selepas Ahli Lembaga Pengarah MFL dalam satu mesyuarat telah meluluskan cadangan sekretariat mengenai nombor jersi yang dicadangkan untuk pasukan pada musim depan.

Sebelum ini, penggunaan nombor jersi bermula No.1 sehingga 30 hanya untuk pemain daripada skuad utama dan No. 31 sehingga 50 bagi pemain pasukan Piala Presiden, Piala Belia atau Reserve Team yang bermain dengan skuad utama.

Manakala penggunaan nombor jersi bermula No. 51 sehingga 60 untuk pemain-pemain yang didaftarkan pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Ahli Lembaga Pengarah MFL turut mengumumkan keputusan penamatan kutipan Levi daripada pasukan-pasukan bertanding di Liga Malaysia.

Bermula musim depan, pembayaran untuk perlawanan dan pegawai pertandingan akan ditanggung sepenuhnya oleh pasukan masing-masing.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah MFL turut mengesahkan Bengkel Economic Control Programme (ECP) bakal berlangsung pada 18 November dan akan dihadiri semua rakan kongsi Liga Malaysia.

Terdahulu, MFL telah mencapai kata sepakat untuk memperkenalkan Economic Control Programme (ECP) secara berperingkat bermula musim depan sebelum pelaksanaan menyeluruh dan lebih ketat pada musim 2021.

Langkah ini dibuat bagi memudahkan rakan kongsi selaku pasukan bertanding memahami konsep ECP dengan lebih mendalam. MFL turut menasihatkan semua pasukan supaya tidak menandatangani mana-mana pemain sebelum taklimat dan pengenalan ECP.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN