Kerajaan Bulgaria telah membuat keputusan untuk membenarkan liga domestik negara itu disambung dalam masa terdekat tetapi ia mestilah berlangsung tanpa kehadiran penyokong di stadium.
Menurut sumber dari Reuters, semua pasukan telah kembali menjalani latihan dan saingan Liga Utama Bulgaria akan bersambung bermula 5 Jun ini dengan perubahan format pertandingan menjadi lebih singkat dan mengurangkan jumlah perlawanan.
Langkah tersebut adalah untuk memastikan usaha pihak berkuasa memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19. Namun ianya tidak disambut baik oleh kebanyakan peminat bola sepak di negara Balkan berkenaan.
#Rakovski stadium, Sofia, Bulgaria.
— OldFootballPhotos (@OldFootball11) May 10, 2020
Стадион #Раковски pic.twitter.com/7mnxIgL6CP
Begitu juga dengan sebahagian pemain dan pengurus yang mengkritik langkah kerajaan untuk melarang kehadiran penyokong bola sepak ke stadium tetapi dalam masa yang sama membenarkan pembukaan semula panggung wayang dan mengizinkan penganjuran konsert dengan pengunjung wajib menjaga penjarakan sosial.
“Perlawanan [tanpa] penyokong itu seperi parodi. Seolah-olah macam perlawanan persahabatan tertutup, tiada sorakan dan tiada intensiti,” kata Cristiano Giaretta, pengarah sukan CSKA Sofia.
“Ini bukan bola sepak. Bola Sepak perlu lengkap dengan stadium yang penuh, padat sambil penyokong makan sandwiches,” katanya lagi.
Giaretta: "In Bulgaria finiremo intorno al 10 luglio. Ma così non è calcio": Cristiano Giaretta, attualmente ds del CSKA Sofia, è intervenuto ai microfoni TMW Radio, nel corso della trasmissione Stadio Aperto, parlando della situazione in Bulgaria e del… https://t.co/97OsXDm39v pic.twitter.com/RTMEupXOwj
— ParmaLive (@ParmaLiveTweet) May 18, 2020
Ada yang khuatir tanpa ‘gegaran’ penyokong di stadium, ia akan memberi kesan kepada prestasi dan persembahan pemain di atas padang.
“Perlawanan [Liga Bulgaria] dengan penyokong pun orang tak minat nak tengok, cuba kamu bayangkan apa rupa perlawanan dengan stadium kosong,” kata jurulatih kelab Ferario Spasov, Botev Plovdiv.
Hujung minggu lepas, Bundesliga menjadi liga pertama dalam kalangan liga utama Eropah yang kembali beraksi dan beberapa negara lain juga telah kembali menyambung liga mereka. Di Belarus, penyokong masih dibenarkan ke stadium seperti biasa.
The Yellow Wall, always there in spirit 💛🖤 pic.twitter.com/UHG43jJRNn
— Bundesliga English (@Bundesliga_EN) May 18, 2020
Bulgaria telah mula melonggarkan peraturan perintah berkurung mereka sejak hujung April lalu, tetapi masih mengekalkan peraturan ketat penjarakan sosial dalam kalangan rakyatnya.
Sektor perniagaan dan perkhidmatan telah dibenarkan untuk kembali beroperasi bagi memulihkan sektor ekonomi negara itu. Namun keputusan untuk melarang penyokong ke stadium dianggap sesuatu yang tidak adil.
“Sakit jiwa saya untuk melihat tempat duduk stadium yang kosong ketika beraksi,” kata penjaga gol kelab Etar Veliko Tarnovo, Hristo Ivanov,.
“Tidak adil untuk membenarkan orang ramai pergi ke panggung wayang dan konsert, mengizinkan pusat beli belah kembali dibuka tetapi dalam masa yang sama melarang penyokong hadir ke stadium.
“Kita sudah letih secara mental dan fizikal dan kita juga lapar dan dahaga untuk sukan dan bola sepak,” katanya lagi.
Mengikut rekod dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Bulgaria kini telah mencatatkan 2,259 kes positif dengan 122 kematian.
Kredit Foto: Brussels Groundhopper