Kepulangan semula The Blues dalam UCL diraikan dengan kemenangan besar 6-0 di Stamford Bridge. 2 pemain baru mereka turut membuka akaun gol dalam perlawanan ini iaitu Zappacosta dan Bakayoko.
Chelsea mendahului perlawanan seawal minit ke-5 menerusi Pedro. Pada minit ke-30, bek sayap baru mereka Zappacosta menjaringkan gol ke-2.
Zappacosta berlari dari kawasan sendiri ke ‘final third’ memilih untuk melakukan cubaan gol. Dan beliau berjaya menewaskan Sehic.
Satu jaringan ‘screamer’ dari sayap kanan yang mungkin gol tercantik UCL pada hari pertama perlawanan.
Bersambung babak kedua, Azpilicueta membunuh perlawanan ini dengan gol ke-3 pada minit ke-55. Satu teknik hantaran ‘curve’ dengan kaki luar yang luar biasa daripada Fabregas.
Chelsea tidak berhenti di situ sahaja apabila terus menambah gol menerusi Bakayoko pada minit ke-71.
2 lagi gol Chelsea disumbangkan oleh Batshuayi dalam tempoh 15 minit terakhir.
Kemenangan Chelsea ini sudah pastinya meletakkan mereka selesa di tangga teratas kumpulan C. Ia juga kemenangan terbesar di hari pembukaan UCL.
Satu hari pertama untuk dilupakan bagi skuad Qarabag. Mereka gagal memberikan saingan kepada Juara EPL musim lalu.
Keputusan lain
Satu lagi perlawanan di antara Roma dan Atletico berkesudahan dengan 0-0. Perlawanan yang didominasi Atletico tetapi mereka gagal menyudahkan deretan peluang yang ada.
21 cubaan gol oleh Atletico dan 10 daripadanya adalah tepat. Roma hanya ada 1 percubaan tepat do dalam perlawanan ini.
Penjaga gol Roma, Allison adalah penjaga gol yang menyelamatkan Roma daripada tewas. Beliau melakukan 9 ‘saves’ di dalam perlawanan ini.