Quantcast

BERITA

PSG Belasah Celtic 0-5, Bayern Menang 3-0 Ke Atas Anderlecht

Dalam perlawanan pembukaan kumpulan B awal pagi tadi, 2 pasukan pilihan Bayern dan PSG tiada masalah untuk menang ke atas lawan mereka.

Bayern 3 Anderlecth 0

Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski membuktikan yang dirinya masih pemain penting dalam skuad Carlo Ancelotti.

Lewandowski membuka tirai jaringan untuk Bayern Munich menerusi sepakan penalti pada minit ke-12. Sebelum itu, Sven Kums dilayangkan kad merah kerana kesalahan profesional sebagai pertahanan terakhir.

Bayern gagal menambah gol selepas itu untuk baki separuh masa pertama. Bersambung pada babak kedua, bintang Sepanyol, Thiago Alcantara menyambut hantaran Joshua Kimmich. Alcantara menyudahkannya untuk gol kedua Bayern.

Kimmich melengkapkan malam cemerlang beliau dengan gol ke-3 pada minit ke-90. 3 gol kemenangan dan 3 mata untuk Bayern Munich di hari pertama saingan.

Celtic 0 PSG 5

Dalam perlawanan ini kedua-dua pasukan memiliki jumlah cubaan gol yang hampir sama. PSG melakukan 10 percubaan ke arah gol dan 6 cubaan tepat. Celtic pula dengan 6 percubaan ke arah gol tetapi 4 daripadanya adalah tepat.

Apa yang membezakan mereka adalah ketajaman untuk menyudahkan peluang gol. PSG menguasai hampir 70% perlawanan ini.

Mereka mendahului dengan 3 gol tanpa balas pada separuh masa pertama. Neymar membuka akaun gol UCL bersama PSG pada minit ke-19.

Pada minit ke-34, Kylian Mbappe menambah gol untuk PSG. Ianya selepas Cavani ‘miss kick’, Mbappe datang menyudahkan peluang tersebut.

Pada minit ke-41, Cavani menambah jaringan menerusi sepakan penalti. Malang untuk Celtic apabila 7 minit terakhir mereka melepaskan 2 lagi gol.

Lustig tertampan bola ke gol sendiri pada minit ke-83. Cavani menambah jaringan 2 minit selepas itu. PSG menang 5-0. Ini merupakan kemenangan kedua terbesar di hari pembukaan selepas Chelsea yang menang 6-0 di Stamford Bridge.

Satu permulaan yang positif untuk PSG dalam usaha mereka cuba mememenangi UCL pertama di dalam sejarah kelab mereka selepas berbelanja sangat besar kali ini.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!