Kepulangan Hairuddin Omar Lengkapkan Trio Bekas Pemain Kendali Pasukan

Terengganu rancak dalam persiapan pra-musim kali ini untuk memantapkan pasukan dengan terbaharu mereka melantik Hairuddin Omar selaku pembantu jurulatih.

Terengganu juga mengekalkan pembantu jurulatih sebelum ini, Tengku Hazman Raja Hassan bagi terus membantu Nafuzi Zain yang akan merangkai idea untuk pasukan musim hadapan.

Lebih manis, ketiga-tiga jurulatih ini pernah menjadi pemain bagi pasukan Terengganu pada suatu ketika dahulu dan kini kembali bergabung tenaga selaku jurulatih skuad Penyu.

Pengalaman Hairuddin selaku antara penyerang berkaliber sebelum ini dilihat mampu menyumbang sesuatu yang positif buat pasukan seperti yang dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC, Ab Rasid Jusoh.

Jelas beliau lagi, Hairuddin bukanlah satu nama asing buat peminat Terengganu berikutan banyak kenangan manis yang disumbang beliau sewaktu bergelar pemain.

Hairuddin pernah menjawat jawatan selaku Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).

Malah, beliau pernah berkhidmat bersama Bojan Hodak selaku pembantu jurulatih pada tahun 2017 hingga 2019 di peringkat kebangsaan.

Ketika zaman bermain, Hairuddin yang pernah menjadi kapten skuad kebangsaan juga turut mewakili pasukan-pasukan seperti Kelantan, Angkatan Tentera Malaysia, T-Team, Pahang dan Negeri Sembilan selain pasukan Terengganu.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN