5 Pemain Centre-back Terhebat Sepanjang Tahun 2021

Selain penjaga gol, memiliki centre-back yang kental merupakan perkara yang paling penting untuk sesebuah pasukan itu, dalam memastikan gawang mereka tidak dibolosi lawan.

Ia juga merupakan antara posisi yang paling penting dalam dunia bola sepak hari ini, kerana centre-back bukan hanya melindungi barisan bawah, bahkan mereka turut memulakan build up untuk merencana serangan.

Tidak ada gunanya sesebuah pasukan itu memiliki jentera serangan yang mantap dan berkelas dunia, tetapi memiliki barisan pertahanan yang rapuh dan mudah ditewaskan.

“Menyerang bantu kamu menang perlawanan, bertahan bantu kamu menang Piala.”

Itulah ungkapan terkenal yang pernah disebut oleh Sir Alex Ferguson dan sepertinya ia benar-benar berlaku dalam dunia bola sepak hari ini.

Pasukan-pasukan terhebat dalam dunia bola sepak turut memiliki barisan pemain pertahanan terbaik yang sentiasa melindungi penjaga gol dari terus diuji.

Setiap pasukan sememangnya wajib memiliki pemain centre-back yang kental dalam menghidupkan barisan pertahanan mereka.

Centre-back merupakan pemain paling bekerja keras ketika berada di kawasan defensive third dan kerana itulah mereka perlu memiliki kemampuan yang berbeza dari pemain lain.

Pemain centre-back yang baik perlu memiliki vision, awareness, kemampuan membaca perlawanan, melakukan hadangan, memenangi duel, kepantasan, fizikal dan ketenangan.

Setiap pemain centre-back yang bagus sudah tentu perlu memiliki kesemua kemampuan itu dan ia jugalah bakal menentukan tahap kemampuan seseorang pemain itu.

Berikut merupakan lima pemain centre-back terbaik dalam dunia bola sepak sepanjang tahun 2021 ini.

5. Thiago Silva (Brazil/Chelsea)

Ketika Chelsea menandatangani Thiago Silva secara bebas ejen pada musim panas tahun lalu, banyak pihak yang menganggap ia keputusan yang sia-sia.

Silva pada ketika itu sudah hampir berusia 36 tahun dan ramai yang percaya beliau sebenarnya sudah sampai ke penghujung kariernya.

Sementara Chelsea sendiri pula, mereka pada ketika itu terdesak untuk mendapatkan pemain pertahanan berpengalaman dan Silva jelas sekali pemain veteran yang mereka cari.

Walau bagaimanapun, pemain kebangsaan Brazil itu berjaya mendiamkan para pengkritiknya dan membuktikan yang beliau merupakan penandatanganan yang berbaloi untuk kelab.

Beliau merupakan salah seorang pemain yang mempunyai kemampuan tackle yang sungguh menakjubkan dan antara pemain pertahanan paling tenang di benua Eropah.

Silva juga mempunyai kekuatan fizikal yang menakjubkan yang membantu beliau memenangi duels dan melakukan hadangan.

Beliau mampu membaca permainan dengan baik serta sangat tenang ketika mengawal barisan pertahanan, dan paling penting, beliau berjaya membimbing pemain lain untuk memberikan yang terbaik.

Silva menggunakan sepenuhnya pengalaman yang beliau miliki untuk membantu skuad Chelsea di bawah kendalian Thomas Tuchel.

Beliau jugalah antara pemain terpenting yang membantu perubahan ketara barisan pertahanan Chelsea hingga menjadi antara yang terbaik dalam dunia bola sepak hari ini.

Pemain berusia 37 tahun itu juga turut memiliki kualiti hantaran yang menakjubkan dan segala kemampuan yang beliau miliki itulah yang membantunya untuk berada di mana beliau berada pada ketika ini.

4. Leonardo Bonucci (Italy/Juventus)

Pemain pertahanan veteran Itali, Leonardo Bonucci merupakan antara tembok kebal yang sentiasa melindungi gawang golnya dari dibolosi lawan.

Bonucci tidak dinafikan lagi antara pemain pertahanan terbaik yang konsisten mempamerkan aksi mantap baik di peringkat kelab mahupun negara.

Beliau jelas sekali yang terbaik dari segi kemampuannya membaca permainan dan menjangkakan bola serta tidak dinafikan beliau sebenarnya sangat kental untuk dihadapi oleh pemain lawan.

Gandingan beliau bersama Giorgio Chiellini sememangnya antara yang terhebat dalam dunia bola sepak ini sejak hampir sedekad yang lalu.

Gandingan kedua-dua pemain berpengalaman ini juga memainkan peranan yang penting ketika membantu skuad Itali menjuarai saingan Euro pada musim panas lalu.

Bonucci dan Chiellini langsung tidak mampu untuk digelecek oleh mana-mana pemain sepanjang kejohanan tersebut.

Pemain berusia 34 tahun itu merupakan ball-playing centre-back dan mereka senantiasa berfungsi ketika melakukan build up untuk melancarkan serangan.

Kekuatan fizikal yang beliau miliki membantu beliau untuk menjadi mimpi ngeri mana-mana pemain penyerang yang bakal berdepan dengannya.

3. Marquinhos (Brazil/Paris Saint-Germain)

Marquinhos merupakan pemain paling lama dalam skuad Paris Saint Germain pada ketika ini, dengan beliau sudah berada dalam skuad sejak dari tahun 2013 lagi.

Beliau juga merupakan pemain terpenting yang membantu Paris Saint Germain untuk menjadi salah sebuah pasukan paling dominan dalam saingan bola sepak Perancis.

Marquinhos merupakan antara pemain pertahanan yang mempunyai kemampuan teknikal yang menakjubkan dan beliau juga mempunyai kemampuan mengawal bola yang dasyat.

Kemampuan yang beliau miliki membantunya untuk mengawal kawasan tengah padang seolah-olah beliau merupakan pemain defensive midfielder.

Tempat beliau dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan Brazil juga senantiasa terjamin dengan pemain berusia 27 tahun itu memiliki kemampuan melakukan recoveries yang sangat mengagumkan.

Beliau juga sangat bagus dalam menguruskan bola di udara, walaupun ketinggiannya hanya 1.83 meter sahaja.

Beliau langsung tidak ada masalah untuk mempertaruhkan badannya demi untuk melakukan hadangan di kawasan final third.

Marquinhos juga turut memiliki kualiti penyudah yang boleh dibanggakan dengan beliau banyak juga menjaringkan gol-gol penting untuk PSG.

Kemampuan beliau memenangi bola tinggi menjadi faktor mengapa Marquinhos sering menjaringkan gol dari set-pieces.

2. Antonio Rudiger (Germany/Chelsea)

Antonio Rudiger jelas sekali seorang pemain pertahanan yang sangat kental dan terlalu sukar untuk ditewaskan oleh pemain penyerang lawan.

Selepas menjadi tokoh terbaik untuk skuad Chelsea ketika era kendalian Frank Lampard, beliau meneruskan rentak kecemerlangannya ketika beraksi di bawah kendalian Thomas Tuchel.

Rudiger memiliki kemampuan yang menakjubkan dalam mematahkan serangan lawan, dan beliau juga sangat sukar untuk ditewaskan dalam situasi satu lawan satu.

Kekentalan dan kemampuan beliau merupakan antara faktor terpenting yang membantu Chelsea menjuarai saingan Champions League pada musim lalu.

Rudiger juga merupakan antara pemain centre-back terpantas dalam dunia bola sepak dan beliau juga seorang yang aggressive dalam membuat tackle.

Kekuatan fizikal beliau berjaya membantunya untuk memenangi duels dan pemain kebangsaan Jerman itu juga sering dipuji kerana memiliki mentaliti yang menakjubkan.

Kontrak pemain berusia 28 tahun itu bakal tamat pada musim panas akan datang, namun beliau sehingga kini masih belum bersetuju untuk tandatangani kontrak baru bersama kelab.

Chelsea sepertinya mahu memujuk beliau agar menandatangani kontrak baru, namun Rudiger tidak teruja melihat tawaran gaji yang ditawarkan oleh The Blues.

1. Ruben Dias (Portugal/Manchester City)

Manchester City menandatangani Ruben Dias dari Benfica pada musim panas 2020 dengan yuran perpindahan bernilai €65 juta.

Terdapat begitu banyak pertikaian yang mempertikaikan keputusan City dan menganggap mereka sebenarnya mengeluarkan dana yang terlalu besar untuk Dias.

Walau bagaimanapun, Dias tidak memerlukan masa yang lama untuk membuktikan kemampuan sebenar beliau, dengan semua pihak kagum melihat persembannya pada musim pertama beliau di Etihad.

Kematangan Dias di atas padang tidak mencerminkan usianya dan ketenangan beliau mengawal barisan pertahanan Man City sangat dikagumi.

Beliau berjaya membentuk gandingan yang sangat mantap bersama John Stones dan turut menjadi nadi penting yang membantu City menjuarai gelaran Premier League pada musim lalu.

2021 beliau turun beraksi untuk skuad kebangsaan Portugal dan beliau juga memiliki kemampuan tackle yang menakjubkan.

Selain kemampuan dari segi bertahan, beliau juga turut mempunyai kualiti hantaran yang sungguh menakjubkan dan awareness yang beliau miliki berjaya membantu beliau untuk kerap memenangi ariel duels.

Dias mahir dengan menggunakan kedua-dua belah kakinya dan kelebihan itu beliau gunakan untuk membantu City menguasai penguasaan bola.

Beliau mempunyai kemampuan melakukan hadangan yang sungguh menakjubkan, dengan Dias akan menggunakan apa sahaja anggota yang boleh demi untuk menghadang bola.

Beliau tidak dinafikan lagi sememangnya antara pemain centre-back paling berprestasi sepanjang tahun 2021 ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN