Menurut ejen kepada Donny Van de Beek, kepulangan semula Cristiano Ronaldo ke bumi Old Trafford sebenarnya berita buruk untuk bekas bintang Ajax itu.
Ronaldo berkemungkinan akan melakukan debut keduanya bersama Manchester United dalam aksi pertemuan bertemu Newcastle United pada hujung minggu ini di nanti.
Kepulangan semula beliau telah membangkitkan kegembiraan yang tidak terhingga para penyokong dan seluruh kem Manchester United.
✨ 𝗖𝗼𝗺𝗶𝗻𝗴 𝘀𝗼𝗼𝗻.#MUFC | @Cristiano pic.twitter.com/uGzBcNKweP
— Manchester United (@ManUtd) September 5, 2021
Dari bekas pemain, legenda kelab, pemain sedia ada, staff, pengurus, pimpinan kelab dan segala yang terlibat dengan Man Utd bergembira ketika Ronaldo bersetuju untuk kembali sertai United.
Walau bagaimanapun, ejen kepada Van de Beek merasakan ia sebenarnya berita buruk untuk pemainnya, dengan beliau turut menjelaskan tentang bagaimana ia boleh memberi kesan pada bintang Belanda itu, yang masih tak nampak masa depannya di Old Trafford.
“Cristiano Ronaldo tiba pada hari Jumaat, yang mana kami tahu ia merupakan berita buruk untuk Van de Beek.”
Jelas Guido Albers kepada Ziggo Sport.
“Paul Pogba bermain di sebelah kiri, dan dengan ketibaan Cristiano, ia bermaksud akan ada tambahan seorang lagi pemain di posisi midfield dengan Pogba akan dialihkan dari terus bermain di sebelah kiri.”
Van de Beek's agent: Ronaldo move is a 'bad news' for my client.
The agent of Manchester United misfit Donny van de Beek admits that he is concerned the arrival of Cristiano Ronaldo will push his client further down the pecking order at Old Trafford. pic.twitter.com/lTrLAuL602
— Adjei Tawiah Amos B (@adjei_b) September 6, 2021
“Kami ada berbincang dengan Solskjaer dan pimpinan kelab. Kami mengambil inisiatif untuk mencari kelab lain dan pencarian kami berjaya menemui Everton. Kami memulakan rundingan dengan Marcel Brands dan Farhad Moshiri.”
“Pada malam Isnin (menjelang tutupnya jendela perpindahan) kami menerima panggilan dari Solskjaer dan pihak kelab yang memberitahu kami bahawa perpindahan itu tidak berlaku dan meminta De Beek untuk lapor diri ke pusat latihan keesokan harinya.”
Van de Beek membuat 36 penampilan sepanjang musim lalu, selepas beliau ditandatangani oleh Manchester United dari Ajax pada musim panas lalu.
Walau bagaimanapun, beliau sering kali diturunkan sebagai pemain simpanan dan gagal untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama Ole Gunnar Solskjaer.
Cristiano Ronaldo’s return to Man Utd ‘bad news’ for outcast Donny van de Beek https://t.co/VycycMnGWN
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) September 6, 2021
Albers kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:
“Perspektif kami sekarang adalah kami mahu tegaskan yang Donny bukan pemain taraf Carabao Cup, atau FA Cup, atau hanya akan bermain dalam perlawanan Eropah sahaja. Donny datang ke England untuk bermain dalam saingan Premier League.”
“Cara bagaimana perbualan berlangsung kali ini (dengan Solskjaer) berbanding pada musim panas lalu… Segalanya semakin jelas sekarang. Saya yakin yang Donny akan dapat kesempatan dia sekarang.”
“Donny bekerja dengan sangat keras pada musim panas. Dia hanya berehat selama tujuh hari. Baki musim panas ini dia habiskan dengan menjalani sesi latihan, untuk kekal cergas. Dia benar-benar sudah bersedia.”
Ini bukan kali pertama Albers meluahkan kekecewaanya pada United tentang cara layanan kelab ke atas pemainnya.
Donny van de Beek agent slams "bad news" arrival of Cristiano Ronaldo to #MUFChttps://t.co/3eV4qlunuL pic.twitter.com/EOkCHtuaq4
— Daily Star Sport (@DailyStar_Sport) September 6, 2021
Pengurusan skuad kebangsaan Belanda, Van Gaal turut menggesa Van De Beek supaya mencari pasukan lain dan dapatkan minit permainan yang cukup andai beliau mahu dipanggil untuk bermain bersama skuad kebangsaan.
Van De Beek nampak masih gembira namun orang terdekat dan kem Belanda jelas tidak gembira dan menggesa agar United melepaskan saja pemain mereka itu, dari terus merosakkan pemain muda tersebut dengan memeramnya di bangku simpanan.