Kepulangan 3 Bintang Utama Terengganu Beri Kelegaan Buat Tomislav Steinbruckner

Terengganu kini menjadi antara pasukan yang sangat sibuk dalam membuat persiapan untuk mengharungi aksi separuh akhir Piala Malaysia 2023, dengan pertemuan seterusnya membabitkan kelab itu menentang Kuala Lumpur City (KL City).

Aksi yang bakal berlangsung pada Sabtu ini pastinya menjadikan pengendali Terengganu iaitu Tomislav Steinbruckner sebagai individu paling sibuk untuk mempersiapkan pasukannya dengan sehabis baik bagi berdepan cabaran lawan.

Malah, Sang Penyu juga pastinya tidak rela dengan kekalahan lalu di pusingan separuh akhir Piala FA, selepas pasukan tersebut tewas kepada KL City menerusi penentuan sepakan penalti.

Ketika ini, momentum pasukan tersebut berada dalam prestasi sangat menyakinkan dengan mereka turut terhindar daripada sebarang kekalahan bagi saingan Piala AFC ketika bertemu Central Coast Mariners dan Bali United.

Untuk aksi seterusnya, Steinbruckner mengakui beliau kini sedang merencana strategi lebih baik untuk berdepan skuad kendalian Nenad Bacina bagi memburu slot ke pusingan akhir.

Walaupun tiada kelibat Azam Azmi Murad dan Suhaimi Husin yang bersama skuad kebangsaan untuk aksi Pestabola Merdeka 2023, persiapan dilakukan oleh pengendali dari Croatia itu langsung tidak terjejas.

Selain itu, motivasi pasukan tersebut juga bertambah baik selepas kehadiran kembali tiga tonggak mereka yang sebelum ini mengalami kecederaan.

Empat pemain tersebut ialah Nik Muhamad Sharif Haseefy Mohd Lazim, Sardor Kulmatov, serta Safwan Mazlan yang sebelum ini tidak dapat beraksi kerana masalah kecederaan.

Kehadiran para pemain tersebut pastinya memberi kelegaan buat Steinbruckner yang kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk mencaturkan strategi ampuh berdepan KL City.

“Walaupun tanpa kelibat dua pemain itu (Suhaimi dan Azam Azmi) yang kini bersama skuad kebangsaan, latihan kami tidak sesekali terjejas, malah kami begitu fokus sebelum berdepan KL City pada Sabtu ini.

“Kehadiran semula empat pemain dalam sesi latihan kerana sebelum ini mengalami kecederaan begitu melegakan kami sekali gus membolehkan segala perancangan berjalan dengan lancar.

“Saya harapkan para pemain mempunyai motivasi yang tinggi pada aksi itu nanti selepas berehat panjang kerana sememangnya fokus kita untuk mara ke final sekali gus menebus kehampaan gagal dalam saingan Piala FA,” ujar Steinbruckner menerusi Harian Metro.

Terengganu bakal memulakan aksi separuh akhir dalam saingan Piala Malaysia pada Sabtu ini dengan perlawanan akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, yang merupakan kubu kuat mereka.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN