Kepada Semua Para Ibu, Ronaldo Minta Maaf Kerana Gaya Rambut Ini

Ronaldo Nazario

Skuad Brazil pada Piala Dunia 2002 jelas sekali merupakan antara skuad terhandal dunia di era moden.

Berjaya merangkul kejuaraan kelima Piala Dunia serta persembahan individu Ronaldo Nazario jelas sekali memukau ramai pihak.

Beliau mungkin diingati dengan dua jaringannya di perlawanan akhir menentang Jerman, namun Ronaldo turut diingati kerana gaya rambut yang pelik dikenannya ketika kejohanan berlangsung.

Ronaldo sekadar meninggalkan sedikit rambut di bahagian depan kepalanya dan ia jelas sekali menjadi fenomena seluruh dunia.

Kini selepas 19 tahun, Ronaldo akhirnya memohon maaf kepada semua ibu yang terpaksa redha dengan keputusan anak lelaki mereka yang mahu memiliki gaya rambut sedemikian.

“Ianya cukup teruk [gaya rambut it]. Saya minta maaf kepada semua ibu yang terpaksa lihat anak mereka memotong rambut sedemikian,” kata Ronaldo menerusi Ole.

Gaya rambut itu sebenarnya dibuat demi menutup sebuah isu yang melanda Ronaldo ketika kejohanan berlangsung.

Ronaldo mendedahkan yang sebelum aksi separuh akhir menentang Turki, beliau sebenarnya mengalami kecederaan otot.

Bimbang berita kecederannya menjadi buah mulut media, beliau memilih melakukan potongan rambut dengan gaya sebegitu dengan harapan boleh membuatkan media lupa akan kisah kecederaannya.

Dan ianya berjaya!

“Saya potong rambut saya, saya nampak rakan sepasukan saya lalu saya tanya sama ada mereka suka atau tidak rambut itu. Mereka cakap tidak, ianya teruk!”

“Walaupun mereka tidak suka, rambut itu menjadi perhatian media. Mereka fokuskan cerita kepada rambut saya dan lupakan kisah kecederaan saya.”

Ronaldo kini menjadi presiden kepada kelab La Liga – Real Valladolid.

Baca juga artikel kami mengenai Ronaldo Nazario:

Ronaldo: Perez Upah Pengawal Keselamatan Untuk Hentikan Parti Saya

Ronaldo: Saya Rasa Seperti Pengkhianat Kerana Sertai AC Milan

Kisah Peter Crouch Perasan Dikenali Dianggap Sekadar Peminat Oleh Ronaldo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN