Semalam Selangor mencatatkan satu lagi kekalahan memilukan di laman sendiri apabila tumbang ditangan PJ City dengan jaringan 1-0.
Jaringan tunggal Darren Lok semalam cukup untuk menghina Selangor yang semakin serba tidak kena terutamanya berkaitan hal dalam dan luar padang.
Kekalahan semalam menjadikan Selangor tidak mengutip sebarang mata daripada empat perlawanan dan ini sangat merisaukan penyokong Gergasi Merah.
Liga Super: Selangor Tewas Lagi, Laungan “4 Tahun Main Macam S*tan” Terus Bergema
Lebih teruk, kekalahan semalam menyebabkan penyokong Selangor melaungkan kata-kata kesat dengan sasaranya adalah Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC – Dr Johan Kamal Hamidon.
Laungan “CEO B*****T” berkumandang di luar Stadium MBPJ semalam selepas perlawanan dengan penyokong mengangkat pelbagai kain rentang mencaci pengurusan pasukan.
Kain rentang yang ditonjolkan adalah “FAIL”, “Bolos King” dan “Scam Story” yang ditujukan kepada Johan dan seluruh pengurusan tertinggi Selangor.
Hari Sedih @selangorfc 💔 pic.twitter.com/BTTatBSvbI
— Danial Mazalan (@danial_mazalan) August 21, 2022
Buat syarat je ke?
Kekalahan semalam sekali lagi menaikkan kemarahan penyokong Selangor dan kali ini ianya meningkatkan ke tahap yang lebih tinggi.
Dengan pengurusan tertinggi hanya mendiamkan diri sahaja, ianya semakin membuatkan penyokong bengang kerana seolah-olah tiada tindakan yang lebih proaktif selain meletakkan Michael Feichtenbeiner kembali ke jawatannya iaitu pengarah teknikal.
Akhirnya, Johan semalam bersuara dengan mengeluarkan kenyataan pada jam 1 pagi menerusi media sosial rasmi Selangor.
Namun begitu, kenyataan tersebut tidak disenangi oleh penyokong-penyokong kerana mesej yang diberikan olehnya.
“Keputusan beberapa perlawanan terakhir ini tidak boleh diterima. Ini bukan tahap Selangor FC yang sepatutnya.
“Kelab menuntut lebih banyak daripada pasukan dan mereka tiada alasan untuk gagal di atas padang,” kata Johan.
KENYATAAN RASMI pic.twitter.com/dpkz8exCvk
— Selangor FC (@selangorfc) August 21, 2022
Kenyataan yang tidak seberapa itu menambahkan lagi kemarahan penyokong dengan seolah-olah Johan menghalakan semua kesalahan kepada para pemain.
Apa yang dikatakan oleh Johan ibarat semua yang bermasalah dalam Selangor ketika ini adalah 100% daripada pemain dan bukannya salah dari pihak atasan kelab.
Lebih teruk lagi, kenyataan sependek itu dari Johan ibarat melepaskan batuk di tangga saja.
Kenyataan tersebut seolah-olah “buat syarat” sahaja oleh Johan untuk seperti nampak yang beliau sedang mendengar keluhan dan kemarahan penyokong.
Datanglah, jangan jauh-jauh
Stituasi meruncing di Selangor ini bukanlah berlaku pada musim ini sahaja, sebaliknya sudah berlaku untuk beberapa musim.
Di awal musim, semuanya pasti nampak indah dengan pengambilan pemain-pemain yang tampak baik sambil jersi-jersi yang tidak pernah mengecewakan.
Namun begitu, skripnya tetap sama. Apabila nampak seperti mampu untuk mencabar kedudukan atasan liga, tahu-tahu saja dalam diam terjatuh ke bahagian bawah dan menghampiri zon penyingkiran.
Kitaran yang tiada penamat ini harus dihentikan dan penyokong berhutang penjelasan daripada pihak atasan kelab.
Johan dan Raja Muda Selangor (RMS) perlu tampil ke depan bertemu penyokong secara terbuka untuk menjelaskan apa yang berlaku – apakah isu yang melanda kelab sehingga tiada langsung kejuaraan singgah kabinet Selangor.
Jangankan piala, perlawanan akhir pun tak pernah singgah. Apatah lagi bola sepak Asia – semuanya tiada.
Oh Johan, apa yang kau dah buat?